7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

WANITA

Untuk terus relevan di hati rakyat, kita mesti sepakat, sepadu, sehati, sejiwa dan seperjuangan dalam melayari samudera keikhlasan demi memacu wanita Malaysia ke mata dunia.

DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA WANITA UMNO

Untuk terus relevan di hati rakyat, kita mesti sepakat, sepadu, sehati, sejiwa dan seperjuangan dalam melayari samudera keikhlasan demi memacu wanita Malaysia ke mata dunia.

DATUK SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

KETUA WANITA UMNO

Mengenai Wanita

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran.

Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.

Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.

Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu.

Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.

Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.

Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO. Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.

Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz dan seterusnya Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga sekarang.

Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara.

Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional. Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.

Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara

 

BERITA TERKINI


Terus ikuti berita dari kami

EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO

Ybhg tan sri napsiah omar

pengerusi tetap

ybhg dato’ saripah aminah syed mohd

timbalan pengerusi tetap

YBhg. tan sri shahrizat abdul jalil

ketua wanita

Yb datuk hjh azizah datuk sp haji mohd dun

Naib ketua wanita

yb datuk rosni sohar

penolong setiausaha

Ybhg dato’ nor azita abdul rahman

penolong bendahari

Ybhg. dato’ rosni haji zahari

ketua penerangan

YBhg datuk armani hj mahiruddin

ketua wanita UMno negeri sabah

YB dato’ norhayati omar

Ketua wanita umno negeri sembilan

Ybhg datin paduka datuk nor hayati tan sri dato’ seri onn

ketua wanita umno negeri selangor

Yb datuk rusnah kassim

ketua wanita umno negeri perak

Yb datuk rosnah abdul rashid shirlin

pengerusi sekretariat inovasi wanita

Yb senator datuk norliza abd. rahim

ketua wanita umno negeri pulau pinang

Ybg dato’ noraslina binti datuk zainal abidin

pengerusi sekretariat pendidikan & pengajian tinggi

Ybhg datuk hjh noriah mahat

pengerusi biro daftar keahlian & cawangan

Ybhg datuk wira maznah abdul hamid

ketua wanita umno negeri kedah

Ybg datuk hjh marlia abd latif

pengerusi sekretariat kebajikan

Ybhg dato’ roslin abdul rahman

ketua wanita umno negeri pahang

Ybhg dato’ dr. azizah johor

pengerusi sekretariat luar negara

Ybhg to’ puan zaiton hj mat amin

pengerusi sekretariat agama

puan azihani dato’ali

timbalan pengerusi sekretariat penerangan

Ybhg datin ros surayati hj alang

pengerusi sekretariat kesihatan

Ybhg to’ datuk hasnah salam

pengerusi sekretariat hal ehwal pengguna

yb datuk noraini ahmad

pengerusi sekretariat pembangunan ekonomi & usahawan

Yb datuk jainab datuk sp hj ahmad

pengerusi sekretariat sukan, kebudayaan & kesenian

Ybhg datuk rabiyah ali

ketua wanita umno negeri melaka

Puan roslinah mohamad

penyelaras skuad an-nur kebangsaan

Yb senator azizah harun

timbalan pengerusi sekretariat pentadbiran

Yb rela binti ahmad

ketua wanita umno negeri perlis

yb sen datin hjh rahimah hj mahamad

ketua wanita umno negeri kelantan

ybhg datuk hjh fatimah hamat

ketua wanita umno negeri terengganu

Yb sen. datuk mariany mohd yit

ketua wanita umno wilayah persekutuan

Ybh datuk jamelah a.bakar

pengerusi sekretariat media & komunikasi

ybhg dato’ hjh sharifah azizah dato’ syed zain

ketua wanita umno negeri johor

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia