7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

#tn50

Transformasi Nasional 2050 (TN50)

Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 – apakah yang akan membimbing kita? Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

TN50 adalah transformasi jangka panjang untuk membentuk Malaysia yang berasaskan aspirasi rakyat dan bersifat kolektif dan “bottom – up”; mewakili suara dan pendapat rakyat Malaysia kebanyakan terutamanya golongan muda.

Golongan muda berumur 15 – 40 tahun mewakili 45% (14.3 juta) daripada populasi penduduk Malaysia. Sebagai generasi yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2050, pandangan mereka yang paling dititikberatkan untuk menentukan apa yang mereka mahu lihat di masa hadapan.

TN50 adalah kesinambungan kepada Wawasan 2020 untuk memastikan negara kita bersedia menghadapi trend global yang deras dan secara proaktif meletakkan visi dan aspirasi rakyat untuk mencorak halatuju negara bagi dalam tempoh 30 tahun yang akan datang.

Berita Berkaitan

  • Hampir 30 IPT Awam, Swasta Bakal Sertai Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 July 6, 2017 - KUALA LUMPUR, 6 Julai – Program Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 akan dilaksanakan pada 14 hingga 20 Julai ini di Parlimen Malaysia, bertujuan mewujudkan platform bagi mahasiswa sebagai generasi pemimpin pelapis di masa hadapan yang berdisiplin dan menghormati Perlembagaan Malaysia. Pengerusi program, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata satu bengkel akan diadakan di Kuala Lumpur pada […]
  • TN50: PM Pelawa Rakyat Malaysia Kongsi Aspirasi Agama, Rohani June 10, 2017 - KUALA LUMPUR, 10 Jun – Setelah beberapa siri dialog diadakan untuk mengumpul pandangan bagi merealisasikan Transformasi Nasional 2050, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempelawa rakyat Malaysia berkongsi aspirasi dari aspek keagamaan dan kerohanian. Najib berkata beliau telah berpeluang bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dari pelbagai kementerian, mahasiswa, golongan belia serta […]
  • Dialog TN50 : “Semuanya OK” – Najib May 18, 2017 - PETALING JAYA, 18 Mei –  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekecohan yang berlaku di majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada malam Rabu sudah ditangani. “Berlaku sedikit kekecohan dalam perbincangan semalam! Perbincangan hangat, tetapi sekarang semua dalam keadaan baik. Semua akan didengar untuk @myTN50,” beliau menulis di Twitter, tengah hari Khamis. Malam […]
  • UMNO Laksana Program Penerangan Rungkai Persoalan Rakyat May 9, 2017 - PUTRAJAYA, 8 Mei – UMNO sedang giat melaksanakan pelbagai program penerangan secara menyeluruh dan intensif bagi merungkai setiap persoalan rakyat terhadap parti itu. Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia juga adalah sebahagian daripada persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kita sedar apa yang dilakukan pembangkang, dia tahu dia […]
  • BN Bersedia Dalam Apa Jua Pertembungan, Tidak Kira Dua Atau Tiga Penjuru April 26, 2017 - UALA LUMPUR, 26 April – Pemuda UMNO percaya Barisan Nasional (BN) bersedia dalam apa jua keadaan termasuk pertembungan tiga atau dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, demikian menurut Naib Ketuanya, Senator Khairul Azwan Harun. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Kajian Invoke Malaysia yang menunjukkan UMNO akan menang pada pilihan raya umum […]
  • Generasi Muda Harus Lebih Bertanggungjawab Sebagai Pewaris Masa Hadapan Negara April 24, 2017 - KUALA LUMPUR, 24 April – Senator Datuk Fahariyah Md Nordin hari ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini. Beliau turut menyatakan persetujuan terhadap titah Baginda yang menyatakan bahawa generasi muda sebagai pelapis negara perlu melengkapkan diri dengan ilmu […]
  • Pembangunan Modal Insan Teras Kejayaan Negara, TN50 – Najib April 22, 2017 - PEKAN, 22 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pembangunan modal insan adalah teras yang disifatkan sebagai “tiang seri” kepada kejayaan negara dan Transformasi Nasional 2015 (TN50). Beliau berkata modal insan cemerlang, yang dapat dizahirkan menerusi kejayaan dalam bidang pendidikan, juga merupakan penyelesaian kepada usaha kerajaan untuk memastikan setiap keluarga […]
  • TN50 Mampu Realisasi Lebih 50 Peratus Tenaga Pakar Wanita – Mas Ermieyati April 2, 2017 - ALOR GAJAH, 2 April – Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) mampu merealisasikan sasaran lebih 50 peratus tenaga pakar tempatan terdiri daripada wanita. Beliau berkata perkara itu mampu dicapai dengan pelaksanaan pelbagai aspirasi yang disuarakan generasi muda untuk TN50 seperti peluang pendidikan dan pekerjaan lebih baik, terutama untuk […]
  • Dap, Kit Siang Panas Punggung “Dibelasah” Di Parlimen March 16, 2017 - KUALA LUMPUR, 15 Mac – Beberapa pemimpin Dap khususnya Penasihat mereka, Lim Kit Siang hari ini panas punggung apabila ‘diusik’ oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Dewan Rakyat. Dalam sesi perbahasannya yang kebetulan selepas perbahasan Lim Kit Siang, Annuar mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Gelang Patah kerana hari ini menyambung tempohnya yang […]
  • Anak Muda Perlu Fahami TN50 Kerana Ia Bukan Janji Tin Kosong Bulan Dan Bintang March 16, 2017 - KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden Gerak Remaja 4B Malaysia Rizmel Nazrin berkata, anak muda perlu mengambil peluang memahami dan menghayati Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mempersiapkan diri sebagai pemimpin untuk masa hadapan kerana TN50 bukanlah satu pelan atau janji tong kosong. Jelasnya, TN50 merupakan satu inisiatif, visi dan wawasan jangka panjang yang diilhamkan […]

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia