7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI

7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SEJARAH PARTI

Sejarah Penubuhan UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak. Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut: 1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2. Membantah pertubuhan Malayan Union 3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Sejarah Wanita

Penglibatan wanita dalam politik bermula bersama gerakan semangat kebangsaan untuk memerdekakan tanah air. Cadangan penubuhan Malayan Union pada 1945 bagi menamatkan hak orang-orang Melayu telah membangkitkan penentangan secara besar-besaran.
Wanita yang sebelum ini lebih tertumpu pada pertubuhan berunsurkan kebajikan telah turut terlibat buat pertama kalinya secara terbuka dalam gerakan politik tanah air.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun itu, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Putih Mariah Ibrahim Rashid dari Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman dari Persatuan Melayu Seberang Perai dan Salena Ali dari Persatuan Melayu Selangor telah bertemu bagi membincangkan mengenai penubuhan sebuah pergerakan wanita Melayu.

Ekoran pertemuan itu Jabatan Kaum Ibu telah ditubuhkan pada 1947 dengan Putih Mariah dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan menjadi Pejabat Setiausaha.

Pada 25 Ogos 1949, bertempat di Butterworth, UMNO telah mengadakan Perhimpunan Agung Wakil Wanita dari bahagian-bahagian UMNO bagi menubuhkan satu badan yang dinamakan Ahli-ahli Perempuan UMNO (APU) dengan Putih Mariah sebagai ketuanya. Inilah pertubuhan politik wanita pertama wujud di Tanah Melayu.

Setahun kemudian kepimpinan APU diterajui oleh Tan Sri Zainun Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain. Di bawah kepimpinannya, APU telah menambah ahli dan jumlah cawangannya.Beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air bersama sekeping peta Tanah Melayu dan sehelai bendera UMNO di tangan, untuk memberi penerangan mengenai politik dan kemerdekaan.
Tetapi antara September 1953 hingga Oktober 1954, kepimpinan APU menghadapi masalah apabila Ibu Zain terpaksa mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan.Masalah timbul apabila Ibu Zain mencadangkan supaya Raja Perempuan Perlis Tengku Budriah mengambil alih sebagai ketua, tetapi beliau hanya bersetuju mengambil alih selama tiga bulan sahaja.

Oleh sebab itu, Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mengambil keputusan melantik Khadijah Sidek menjadi Setiausaha Hal-Ehwal Kaum Ibu UMNO dan Oegawai Penerangan Perempuan.Kemudiannya, Khadijah dilantik mengetuai Pergerakan itu sehingga 1956 apabila beliau diberhentikan dan diganti oleh Fatimah Hashim sebagai pemangku jawatan itu atas persetujuan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Pada 1956 nama APU ditukar kepada Pergerakan Kaum Ibu UMNO. Fatimah telah dipilih menjadi ketua dalam Perhimpunan Ahung UMNO pada 1957 dan beliau menerajui Pergerakan itu hingga 1972.Bagi menguji sokongan rakyat pada UMNO, Kerajaan Brtish mencadangkan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Pertama diadakan pada 1955. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi.

Dalam pilihan raya tersebut juga calon wanita tunggal, Halimahton Abdul Majid telah bertanding dan menang. Beliau merupakan Wakil Rakyat wanita pertama.Kemerdekaan Tanah Melayu membuka lebih banyak peluang kepada wanita. Dari pilihan raya 1959 di mana Ibu Zain dan Fatimah Hashim bertanding kerusi Parlimen dan menang, hinggalah sekarang, bilangan tokoh wanita bertanding dalam pilihan raya bertambah.

Peristiwa 12 Mei 1969 telah turut mempengaruhi corak politik tanah air. Pada Ogos 1971, UMNO mengadakan Persidangan Agung Khas bagi mengatur corak perjuangan UMNO. Perlembagaan UMNO telah dipinda dan Pergerakan Kaum Ibu telah ditukar namanya kepada Pergerakan Wanita UMNO bagi melambangkan imej dinamik.

Selepas Fatimah mengundurkan diri pada 1972, kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO diterajui oleh Aishah Ghani sehingga 1984, apabila dipimpin pula oleh Datuk Seri Rafidah Aziz dan seterusnya Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga sekarang.

Pergerakan Wanita UMNO bertindak sebagai penyokong kuat kepada UMNO dalam sebarang perjuangan bagi mendaulatkan bangsa dan memajukan Negara.

Dalam setiap kali pilihan raya peranan ahli Pergerakan Wanita UMNO sangat besar dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional. Selain itu, ia juga terus mendapat tempat yang sewajarnya di Negara merdeka.

Kemajuan yang dicapai oleh wanita Malaysia sehingga hari ini adalah atas perjuangan Pergerakan Wanita UMNO yang sentiasa bersama arus pembangunan Negara

Sejarah Pemuda

Pergerakan Pemuda lahir tiga bulan setelah tertubuhnya UMNO. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.

Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.

Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.

Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir

Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.

Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964. Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu.

Harun Idris mengambil alih pimpinan Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda memainkan peranan penting bagi melaksanakannya.

Syed Jaafar Albar muncul sebagai Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua pengerakan itu kepada parti induk. ‘Singa UMNO’ ini hanya sempat memegang teraju selama enam bulan apabila dia meninggal dunia.
Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar slogan perjuangan kepada ‘Pemuda Era Bertindak’.

Suhaimi tidak berupaya mempertahankan jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin pelajar dan belia yang popular dan berkesan.

Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru. Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi Angkatan Penggerak Zaman dengan mengutarakan agenda membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan.

Anwar tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan dengan menganjurkan kursus ‘Siri Perdana’.

Selepas Najib, pimpinan beralih kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz. Rahim kemudiannya kembali memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Januari 1996.

Sejarah Puteri

Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Julai 2000, dan 16 Oktober tahun yang sama MT bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO sebagai sayap pergerakan, bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO.

Justeru, pada 9 April 2001, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, Dato’ Seri Azalina Othman telah dilantik menjadi Ketua Penaja. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Sayap bongsu pergerakan parti itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Dato’ Seri Azalina Othman, seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.
Dato’ Seri Azalina Othman pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Sehingga kini beliau masih menjadi ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian.
Ketua Puteri UMNO kedua, Datuk Noraini Ahmad, bekas graduan kewangan dari University of Saskatchewan, Kanada, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjadi ahli Parlimen Kota Tinggi.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjadi Ketua Puteri UMNO yang ketiga. Beliau yang juga ahli Parlimen Papar pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan pada 2009. Kini, bekas graduan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Terkini, dalam arena politik, beliau memegang jawatan sebagai ahli MT UMNO dan juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.
Manakala bermula 2013, Ketua Puteri UMNO yang keempat pula disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Anak jati Melaka ini berpendidikan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan ahli Parlimen Masjid Tanah dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.
Keahlian Puteri UMNO pada cadangan awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun kecuali bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia sehingga 40 tahun.

Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO. Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.
Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO. Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian hinggalah ke pusat.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia