7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PUTERI

Sebagai Ketua Puteri UMNO, saya dan barisan kepimpinan dengan ini menegaskan bahawa agenda pemerkasaan wanita muda adalah isu paling utama.

YB DATUK HJH MAS ERMIEYATI HJ SAMSUDIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO

Sebagai Ketua Puteri UMNO, saya dan barisan kepimpinan dengan ini menegaskan bahawa agenda pemerkasaan wanita muda adalah isu paling utama.

YB DATUK HJH MAS ERMIEYATI HJ SAMSUDIN
KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO

Mengenai Puteri

Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Julai 2000, dan 16 Oktober tahun yang sama MT bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO sebagai sayap pergerakan, bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO.

Justeru, pada 9 April 2001, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, Dato’ Seri Azalina Othman telah dilantik menjadi Ketua Penaja. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Sayap bongsu pergerakan parti itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Dato’ Seri Azalina Othman, seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.

Dato’ Seri Azalina Othman pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Sehingga kini beliau masih menjadi ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian.

Ketua Puteri UMNO kedua, Datuk Noraini Ahmad, bekas graduan kewangan dari University of Saskatchewan, Kanada, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjadi ahli Parlimen Kota Tinggi.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjadi Ketua Puteri UMNO yang ketiga. Beliau yang juga ahli Parlimen Papar pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan pada 2009.  Kini, bekas graduan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Terkini, dalam arena politik, beliau memegang jawatan sebagai ahli MT UMNO dan juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Manakala bermula 2013, Ketua Puteri UMNO yang keempat pula disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Anak jati Melaka ini berpendidikan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan ahli Parlimen Masjid Tanah dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.

Keahlian Puteri UMNO pada cadangan awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun kecuali bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia sehingga 40 tahun.

Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO. Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.

Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO. Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian hinggalah ke pusat.

 

BERITA TERKINI


Terus ikuti berita dari kami

Puteri Minta Rakyat Tolak Politik Fitnah

Puteri Minta Rakyat Tolak Politik Fitnah

PEKAN, 5 Ogos – Puteri UMNO meminta rakyat menolak budaya politik berasaskan fitnah yang dimainkan pembangkang termasuk dakwaan pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini bakal menjadi PRU paling kotor. Ketuanya Datuk Mas Ermiyaties Samsudin berkata pembangkang menggunakan...

Bermulanya Pembongkaran Skandal Kehilangan RM40 Billion

Bermulanya Pembongkaran Skandal Kehilangan RM40 Billion

Ya itulah jumlahnya, RM40 billion. Kalau ikut kata Kit Siang, dia kata Skandal Forex baru salah satu sahaja dari empat skandal besar Mahathir. “Dalam buku Barry Wain, yang bertajuk “Malaysian Maverick”, empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan Mahathir mengalami...

Fitnah Terus Berkembang Menjelang PRU-14

Fitnah Terus Berkembang Menjelang PRU-14

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua UMNO Tanjung Piai, Datuk Md Othman Yusof percaya fitnah dan tohmahan pembangkang akan bertambah menjelangnya saat-saat akhir pilihan raya umum akan datang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat demi kepentingan politik mereka. Serentak...

BN Selangor Kecam Azmin

BN Selangor Kecam Azmin

SHAH ALAM, 15 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional Selangor mengutuk tuduhan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan...

MAJLIS TERTINGGI PUTERI UMNO

Azlieza Bt. Khan

PENGERUSI TETAP

Nurul Huda Bt. Nordin Ahmad

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

YB Datuk Mas Ermieyati samsudin

KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO

Zahida Bt. Zarikh Khan

NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO

PEGAWAI PUTERI UMNO MALAYSIA

FAHARIYAH BT. MD NORDIN

PENOLONG SETIAUSAHA

HAZREENA BEGUM

PENOLONG BENDAHARI

HARYATY BT. HAMZAH

KETUA PENERANGAN

EXCO / PENGERUSI BIRO PUTERI UMNO MALAYSIA

ISFARINA BT. MOHD BALI

BIRO SUKAN

JUNE ARTISHA MOHAMAD NAZARI

BIRO LATIHAN & PENGKADERAN

YB NURHIDAYAH MOHAMAD SHAHAIMI

BIRO AGAMA

YBHG DATIN NORASIMAH MD NOWAR

EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO

NORWAHIDA PATUAN

BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN KELUARGA

AZLINA AZMA MOHD AZMI

exco pergerakan puteri umno

ASFALINDA ANUAR

BIRO PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

NORMALAH RASIK

EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO

NORRULHUDA MARSIDIN

BIRO PENGGUNA

NOORMADIANA KAMARUDDIN

BIRO ALAM SEKITAR & PERTANIAN

MIMIE HARIEANIE ALIAS

BIRO MEDIA SOSIAL & DIGITAL

YBHG DATIN AZURA MOHD AFANDI

BIRO HAK ASASI SOSIAL & KESELAMATAN

NOR FARHANA ALHAM

BIRO SUKARELAWAN

NOOR AEIZA HASSAN

BIRO EKONOMI & USAHAWAN

JULIE SABRAN

BIRO KEBUDAYAAN & WARISAN

JUNAIDA MAT ISHAK

BIRO PELAJARAN

NASIBAH ISMAIL

BIRO SUMBER MANUSIA

NUR HUDA AB KARIM

BIRO KESEJAHTERAAN BANDAR

NOR HAZREENA MOHAMAD HASHIM

BIRO ANTARABANGSA

EXCO LANTIKAN

YB DATO’ NORSABRINA MOHD NOOR

BIRO IT & BIOTEKNOLOGI

DR. NUR FAIZAH ALI

BIRO KESIHATAN

NATASSIA ROSLAN

BIRO BANTUAN GUAMAN

KHAIDIRAH ABU ZAHAR

EXCO LANTIKAN PERGERAKAN PUTERI UMNO

YB SALBIAH MOHAMED

EXCO LANTIKAN PERGERAKAN PUTERI UMNO

SETIAUSAHA KERJA PUTERI UMNO MALAYSIA

NOOR HASHIMAH NORDIN

SETIAUSAHA KERJA

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia