7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

#mrt

Kejayaan Mass Rapid Transit (MRT)

Projek MRT telah dapat disiapkan menepati jadual, malah dengan penjimatan sebanyak RM2 bilion daripada kos pembinaan projek, merupakan contoh yang terbaik ataupun “success story” untuk projek yang dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan bukan menggunakan konsesi.

MRT merupakan salah satu projek penggerak ekonomi (EPP) di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikendalikan PEMANDU hasil buah fikiran Perdana Menteri yang mempunyai visi terkehadapan bukan sahaja untuk merancakkan ekonomi negara, tetapi juga untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih lengkap dan berintegrasi dengan jaringan pengangkutan awam sedia ada seperti LRT, KTM Komuter, monorail and KLIA ERL.

Dato’ Sri Najib merupakan Perdana Menteri pertama yang mengutarakan idea membina sebuah rangkaian pengangkutan awam yang menyeluruh di Lembah Klang untuk kemudahan rakyat di samping mengurangkan kesesakan di Lembah Klang.

Ini terbukti apabila Fasa Pertama Jajaran SBK yang sudah pun dibuka kepada orang awam baru-baru ini dan Fasa Kedua yang sudah siap 95% dan dijangka dibuka untuk digunakan orang ramai pada Julai 2017.

MRT Jajaran SBK dibina dengan kos yang lebih rendah iaitu RM21 billion daripada anggaran asal berjumlah RM23 billion yang membuktikan bahawa Perdana Menteri sangat mementingkan penggunaan dana awam secara berhemah dan optimum demi kebaikan rakyat dan juga kemampanan kedudukan fiskal kerajaan.

Limpahan ekonomi daripada projek MRT dijangka menambah RM24.6 billion pendapatan negara kasar dan menyediakan 20,000 pekerjaan sehingga 2020 dalam sektor kewangan (pinjaman bank dan penerbitan sukuk), logistik, pembuatan (bahan binaan) dan perkhidmatan profesional (kejuruteraan awam, mekanikal, guaman).

Berita Berkaitan

  • UMNO Bertahan Kerana Falsafah,Hala Tuju Dan Keteguhan Parti – Najib July 30, 2017 - MARAN, 30 Julai – UMNO kekal sebagai parti yang memerintah sejak 60 tahun lepas kerana mempunyai falsafah, hala tuju dan keteguhan perjuangan yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden UMNO itu berkata tiga ciri berkenaan digariskan sarjana sains politik Perancis, Alexis de Tocqueville, dalam bukunya bertajuk ‘Democracy in America’ dengan menyatakan ia adalah perkara yang wajib ada dalam sebuah parti yang hebat. […]
  • Inilah 39 Perkara Yang Disembunyikan Oleh Portal Pembangkang July 28, 2017 - Sungguh menarik apabila portal-portal pro-pembangkang tidak highlightkan 39 perkara yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa perasmian Invest Malaysia Kuala Lumpur 2017 (IMKL 2017) pada 25 Julai 2017. Dalam masa yang sama, penulis berharap agar kepimpinan negara dan BN akan menjelaskan segala kejayaan yang telah dicapai ini kepada rakyat secara berterusan […]
  • Mahathir, Muhyiddin, Guan Eng DAP & Projek Bilion Ringgit Wang Rakyat July 24, 2017 - Muhyiddin Yassin adalah di antara pelbagai pihak yang mempersoalkan projek super mega ini selain daripada rakyat dan NGO-NGO negeri. Agak melucukan kerana kini, Muhyiddin terpaksa menyapu balik ludah yang terpalik ke mukanya sendiri kerana bersekongkol dengan pihak tersebut. Isu terowong bawah laut yang diselubungi pelbagai kontroversi semakin menghantui kerajaan DAP Pulau Pinang. Projek yang terdiri […]
  • Projek MRT : Apa Perlu Pembangkang Seperti ‘Cacing Kepanasan’? July 19, 2017 - LEDANG, 19 Julai – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata, pembangkang tidak perlu mempolitikkan isu Transit Aliran Massa (MRT) kerana apa yang kerajaan lakukan adalah demi kebaikan rakyat. Jelas beliau, pembangkang sebenarnya ibarat cacing kepanasan kerana satu demi satu kejayaan kerajaan tercatat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan […]
  • Malaysia Bukan Negara Gagal – Najib July 18, 2017 - PUTRAJAYA, 18 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara gagal sama ada dalam aspek pembangunan Islam atau kemudahan infrastruktur untuk rakyat. Beliau berkata pembangunan Islam tidak dicerap melalui ceramah semata-mata, sebaliknya diterjemah dalam segenap aspek kehidupan seperti penyediaan infrastruktur pentadbiran Islam yang secara tidak langsung menjadi sebahagian […]
  • Rakyat Tidak Akan Lupa Langkah Kajang Pembangkang Langkah Penuh Agenda Politik Kotor July 13, 2017 - KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kenyataan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa pilihanraya kecil di Kajang yang digelar Langkah Kajang telah membawa manfaat kepada rakyat di kawasan itu sebagai satu lawak jenaka, di mana kenyataan itu hanyalah sekadar untuk menutup kesilapannya melaksanakan pilihanraya kecil […]
  • Netizen Kecam Laporan Tidak Bertanggungjawab Malaysiakini July 13, 2017 - KUALA LUMPUR, 13 Julai – William Cheah merupakan di antara individu yang bertuah diberi peluang menaiki MRT bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Berkongsi pengalaman beliau melalui laman media sosial, antara kenangan terindah sepanjang acara tersebut merupakan detik apabila Najib memainkan lagu Ed Sheeran melalui akaun Spotify untuk berhibur bersama-sama rombongan beliau di […]

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia