7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI

7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KEAHLIAN

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami?

Dengan penyertaan keahlian dari orang awam dari seluruh negara, UMNO mampu untuk berbakti kepada rakyat dari sudut kebajikan mahupun dasar kenegaraan. Dari menglibatkan diri dalam program-program amal ke menyertai kelas mengenai politik, anda boleh mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri anda dengan menyertai kami sebagai ahli di kawasan anda!

Siapa boleh menjadi

ahli UMNO?

Struktur dan proses

keahlian UMNO

Keistimewaan

ahli UMNO

Siapa boleh menjadi ahli UMNO?

Warganegara Malaysia dan menjadi ahli di mana-mana kawasan atau Bahagian di Malaysia kecuali Sarawak.

Ahli Biasa; warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera dan berusia 18 tahun ke atas.

Ahli Bergabung; iaitu sebuah pertubuhan politik yang bersetuju bekerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat Majlis Tertinggi.

Ingin menjadi pelapis pemimpin masa hadapan yang bakal menentukan masa hadapan negara!

Struktur dan proses keahlian UMNO

Permohonan sebagai ahli biasa hendaklah dihantar kepada Ketua Cawangan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda atau Ketua Puteri Cawangan tersebut untuk diterima dan diluluskan.

Pemohon hendaklah membuat bayaran RM2 sebagai bayaran keahlian seumur hidup semasa menghantar borang dan mempunyai sokongan dari seorang ahli biasa daripada Cawangan.

Sekiranya mendapat kelulusan, pemohon wajib didaftarkan sebagai ahli dalam masa satu bulan. Jika tidak, dia boleh melapor kepada Jawatankuasa Bahagian.

Mana-mana ahli boleh melapor kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon yang difikirkan tidak layak menjadi ahli serta memberi sebab-sebabnya.

Keistimewaan ahli UMNO

Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti sebagai ahli UMNO. 

Boleh dipilih, memilih dan dilantik sebagai perwakilan ke mesyuarat peringkat Cawangan, Bahagian dan Pusat.

Mengambil bahagian dalam pilihan raya umum dan menerima lantikan parti sebagai seorang Calon.

Mengambil bahagian dalam pilihan raya parti dalam menentukan kepimpinan baru setiap 3-5 tahun.

LANGGAN

Dapatkan maklumat dari media UMNO secara terus dengan mengikuti kami di facebook & twitter atau dapatkan maklumat terus ke email anda.

Jom daftar keahlian anda sekarang!

Sertai UMNO hari ini dan serlahkan suara dan bakat kepimpinan anda melalui platform ini. Malaysia adalah tanah tumpahnya darah kita dan kita harus bersemangat dalam mempertahan kedaulatan ibu pertiwi kita ini. Justeru, usah lengah usah bertangguh. Ayuh, daftar sekarang sebagai ahli UMNO! 

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia