7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua UMNO Tanjung Piai, Datuk Md Othman Yusof percaya fitnah dan tohmahan pembangkang akan bertambah menjelangnya saat-saat akhir pilihan raya umum akan datang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat demi kepentingan politik mereka.

Serentak itu, beliau menggesa ahli parti khususnya jentera di bahagian Tanjung Piai untuk terus berwaspada dan mematahkan segala tohmahan mereka berhubung isu-isu setempat dan juga isu-isu yang akan dibawa dari peringkat nasional ke bahagian berkenaan.

“Hari ini mereka tanpa segan silu termasuklah mereka yang pernah menjadi pemimpin UMNO yang bertukar haluan menyokong pembangkang setelah kalah di peringkat pemilihan bahagian sebelum ini.

“Kita kena kuatkan semangat kita untuk berdepan situasi ini. Makin hari makin banyak fitnah yang ditaburkan sewenang-wenangnya termasuklah menyerang pemimpin nombor satu…

“Dengan cara ini maka parti kita lama-kelamaan akan menjadi lemah dan kita sebagai ahli UMNO perlu sama-sama bersatu mempertahankan pemimpin yang kita pilih sebelum ini. Mereka ini tidak segan silu menyerang dengan pelbagai tohmahan…dan menjelang pilihan raya umum kelak gelombang fitnah akan bertambah,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tanjung Piai, Sabtu.

Beliau seterusnya melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap serta tindak tanduk sesetengah bekas pemimpin UMNO yang kalah dalam pemilihan parti bertindak sebaliknya apabila menyarung jersi pembangkang.

“Kalah dalam pemilihan parti, UMNO yang nak dihancurkan. Kita janganlah terima bulat-bulat apa yang ditohmah oleh mereka-mereka ini. Mereka ini hanya menyebarkan berita yang tidak betul untuk mengelirukan rakyat semata-mata.

“Kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang prihatin…salah satu contoh bagaimana rawatan di klinik kerajaan hanya bayar RM1.00 untuk mendapatkan rawatan. Bukan sekadar pemeriksaan penyakit yang dihadapi malah dengan ubatnya sekali…apakah ini tidak bagus lagi.

“Apa pun kita percaya gelombang dan fitnah akhir menjelang pilihan raya umum makin bertambah. Percayalah…kita perlu bersedia dengan perkara berkenaan dan perlu bijak menilai perkara-perkara sedemikian rupa,” katanya. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia