7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, hari ini turut memohon maaf kepada rakyat Indonesia di atas insiden bendera Indonesia dalam cetakan buku cenderahati Majlis Pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017.

Pengerusi Biro Antarabangsanya, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, beliau terpanggil untuk turut memohon maaf di atas insiden tersebut, berkemungkinan tiada alasan yang boleh diterima oleh rakyat Indonesia dan memahami sepenuhnya ketidakpuas hati dan kemarahan mereka.

 “Kami amat kesal dengan kekhilafan ini. Sememangnya, ini adalah kesilapan dari pihak Malaysia. Justeru, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Belia Sukan Malaysia juga telah memohon maaf di atas perkara yang tidak disengajakan.

“Kami menerima baik kenyataan Presiden Jokowi yang berjiwa besar, mengambil pendekatan damai dan menasihatkan agar rakyat Indonesia tidak memperbesarkan isu ini, namun kami juga maklum dengan kekesalan yang diutarakan oleh beliau terhadap insiden ini.

“Kami juga berharap dan menyeru agar pihak Malaysia dan pihak Indonesia juga tidak memperbesarkan perkara ini dan berharap agar pihak Indonesia dapat menerima permohonan maaf kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan insiden bendera negara Indonesia yang dipaparkan secara terbalik di buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah tidak disengajakan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu membabitkan negara jiran itu terjadi tanpa sebarang niat buruk.

Begitu juga Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut memohon maaf atas insiden itu dan menyatakan akan membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia