7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SHAH ALAM, 15 Ogos – UMNO dan Barisan Nasional Selangor mengutuk tuduhan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan jenayah ekoran kekecohan yang berlaku pada forum Nothing To Hide 2.0, kelmarin.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, atas dasar serta bukti apa tuduhan itu dilontar kepada Perdana Menteri sedangkan tiada komitmen menyatakan beliau untuk menghadiri forum anjuran sayap Armada Pribumi.

UMNO dan BN Selangor melihat tuduhan terdesak Timbalan Presiden PKR itu adalah untuk menutup lompang yang wujud dalam Pakatan Harapan selama ini. Umum mengetahui sejak Pengerusi Pribumi, Tun Dr Mahathir Mohamad berdamping dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai penyokong pembangkang terutama di kalangan gerakan Reformasi tidak merestui keputusan untuk berdamai dengan Dr Mahathir.

Bagi mereka, tindakan Dr Mahathir yang cuba membunuh karier politik Anwar sebelum ini tidak boleh dimaafkan sehingga menggelarkan veteran politik itu dengan pelbagai gelaran seperti ‘Mahafiruan’ & ‘Mahazalim’.

Dalam perkara berkenaan, penganjur harus dipersalahkan kerana kegagalan berkompromi membabitkan aspek keselamatan mereka yang menghadiri forum berkenaan.

“Bagaimana suar api boleh dibawa masuk ke dalam dewan, mengapa perjalanan forum termasuk ketika sesi soal jawab tidak dikawal dan kelihatan insiden terpekik, terjerit dan beremosi mengambil tempat?,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor menyifatkan adanya kemungkinan insiden berkenaan sengaja direka bagi mencari ruang untuk memburukkan pihak lain atau mungkin juga ianya adalah suatu provokasi bagi menutup kegagalan forum berkenaan berikutan banyak soalan yang dikemukakan tidak dijawab sepenuhnya.

Dalam perkara ini, UMNO dan BN Selangor mengutuk sekeras-kerasnya tindakan parti pembangkang yang menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

“UMNO dan BN Selangor sentiasa menolak sebarang bentuk keganasan serta menyokong penuh pengamalan sistem demokrasi di negara ini dan akan terus melakukan politik matang. Kebenaran akhirnya akan muncul di sebalik fitnah dan tohmahan yang dilempar,” katanya.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia