7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA SELANGOR, 8 Ogos – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Yunos hari ini menuntut kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali untuk menunaikan janji manifesto yang dicanangkan pada PRU-12 dan PRU-13 iaitu memberikan pendidikan percuma khususnya untuk anak-anak Selangor.

Katanya, pada PRU lalu berbagai janji-janji ‘percuma’ yang ditawarkan, orang sakitlah, belajarlah, universiti percumalah, namun apa yang terjadi hari ini, kemudahan yang diberikan percuma ini bukanlah kepada rakyat negeri Selangor sebaliknya hanya kepada kroni parti mereka semata-mata.

“Yang memerintah negeri Selangor hari ini bukanlah kerajaan rakyat tetapi kerajaan untuk parti, kerajaan untuk penyokong parti mereka sahaja.

“Jika mereka yang memohon kemudahan ini terdiri dari parti yang tidak menyokong mereka maka mereka tidak akan dapat sebagaimana yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada PRU yang lalu.”

Dalam masa yang sama, Jamal menjelaskan pihaknya akan meneruskan tuntutan terhadap manifesto kerajaan negeri yang jelas gagal ditunaikan, sekali gus menganiaya penuntut di universiti milik kerajaan negeri ekoran terpaksa menanggung yuran pengajian sehingga RM50,000.

“Saya berani cakap sebab ada tiga anak buah yang belajar di sana dan nak habiskan pengajian ijazah terpaksa bayar hampir RM50,000 sedangkan janji dulu nak bagi pendidikan percuma.

“Kerajaan negeri hari ini cukup bangga dengan rizab simpanan yang banyak tapi hanya bagi RM20 juta sahaja untuk sektor pendidikan sedangkan dalam manifesto yang dicanangkan masa PRU nak bagi pendidikan percuma,” katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai tuntutan janji kerajaan negeri terhadap anak Selangor di pekarangan Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya, pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau menuntut agar mereka yang berjanji untuk beri percuma maka perlulah laksanakan semuanya percuma.

“Jangan pula selepas menang, biarkan tawaran percuma ini, jangan tukar pula kepada pinjaman tanpa faedah dan sebagainya.

“Kini Unisel ini dikatakan sebagai universiti atau bebanan kepada kerajaan negeri Selangor sebagaimana yang diumumkan dalam Sidang DUN Selangor, sudah hampir RM400 juta kerugian berbanding sebelum pemerintahan kerajaan negeri PKR.

Ujar beliau, hal tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pegawai pengurusan Unisel menerima gaji puluhan ribu lantas menyebabkan kerugian yang sangat besar berbanding dengan pengurusan ketika di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Malangnya, Unisel yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sebelum ini menanggung bebanan demi bebanan dan yuran kepada pelajar saban tahun meningkat dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

 

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia