7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SHAH ALAM, 8 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya, Maisham Maarof hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali ekoran isu tatacara penyelesaian pertikaian kontrak antara Universiti Selangor (UNISEL) dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd.

Ujarnya, laporan ini dibuat kerana Azmin merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas MBI dan Syarikat Pendidikan Industri YS Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat kerajaan negeri yang menguruskan UNISEL.

“Bukti terhadap isu ini telah diperolehi melalui satu laman sesawang, Selangor-Leaks.com. Melalui beberapa dokumen yang dikeluarkan oleh laman sesawang Selangor-Leaks.com, kami dapati terdapat keraguan besar dalam penyelesaian kontrak antara UNISEL dan Jana Niaga.

“Jika dokumen tersebut benar, maka adalah amat meragukan apabila syarikat yang didakwa oleh UNISEL telah gagal melaksanakan kontrak, diberikan pampasan yang bernilai puluhan juta ringgit dan juga sebuah kontrak baru,” katanya ketika di temui media selepas membuat laporan SPRM di Wisma PKPS, tadi.

Justeru, beliau bersama 20 orang tampil membuat laporan di SPRM bagi menjaga kebajikan pelajar-pelajar UNISEL.

“Maka kami mewakili golongan muda dengan rasa tanggungjawab menjaga ketelusan institusi pendidikan di Selangor dan kebajikan para pelajar UNISEL dengan mengambil inisiatif untuk tampil membuat laporan hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengesa agar Azmin tampil untuk memberikan penjelasan terhadap isu ini.

“Kami juga meminta agar Menteri Besar Selangor tidak terus berdiam berdiri dan tampil memberikan penjelasan ke atas isu ini.

“Setakat ini tiada sebarang penafian oleh pihak Menteri Besar atau MBI berkenaan pendedahan di Selangor-LEaks.com,”katanya.

Terdahulu, sejumlah RM16 juta telah dibayar kepada Jana Niaga pada 9 Mac 2015 dan 24 Jun 2016 yang didakwa atas sebab penyelesaian tunggakan UNISEL. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia