7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pembangkang tidak harus dibiarkan bermaharajalela untuk menabur fitnah dan serangan provokasi yang boleh merosakkan UMNO dan negara, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata sudah sampai masanya seluruh ahli-ahli UMNO dan pemimpin disetiap peringkat bangun menentang pembangkang secara terbuka.

“Kita ada lebih tiga juta ahli-ahli UMNO, mengapa kita sentiasa berada dalam keadaan takut, resah dan segan kepada pembangkang sedangkan sepatutnya kita yang ‘mengajar’ mereka,” tegasnya.

Sepatutnya kata beliau, pembangkang perlu dilihat sebagai agen pemusnah perpaduan rakyat, pembohong dan suka mengadu-domba untuk mengemis sokongan rakyat.

“Kita kena beritahu rakyat, mereka (pembangkang) tidak ada memberi sebarang manfaat kepada rakyat, mereka kumpulan putar alam.

Menurut beliau, tiga sayap parti – Pergerakan Wanita, Pemuda Puteri juga perlu bingkas berada dibarisan depan mempertahankan maruah dan kredibiliti Najib selaku Presiden UMNO daripada menjadi ‘belasahan’ pembangkang.

“Kita ada lebih tiga juta ahli-ahli UMNO diseluruh pelusuk tanahair, kita yang perlu pertahankan Najib kerana kita yang pilih beliau sebagai Presiden, kenapa kita nak biarkan beliau bersendrian menepis serangan pembangkang,” soal beliau.

“Jangan hanya pandang dan tidak berbuat apa-apa dengan membiarkan presiden kita termasuk keluarganya dicaci, dihina dan difitnah oleh pembangkang, jangan berpeluk tubuh,” tegasnya.

Katanya, Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri sewajarnya dipertahankan kedudukannya kerana ahli-ahli parti telah memberi mandat dan kepercayaan kepada beliau.

“Jika ada mana-mana ahli UMNO yang tidak menyokong dan mempertahankan kedudukan Najib, ini bermakna mereka telah mengkhianati kepimpinan presiden,” tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, beliau telah beberapa kali mengingatkan ahli-ahli parti termasuk ketiga-tiga sayap supaya lebih agresif dan berani tampil mempertahankan presiden parti secara terbuka.

“Kita tidak boleh lagi berada dalam situasi senyap, kita kena lantang bersuara,” tegasnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi yang berkata tidak sanggup membiarkan Najib berterusan dihina dan diserang bertubi-tubi dari segenap sudut.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, beliau mengambil pendekatan ‘serangan balas’ kerana mempertahankan kepimpinan Najib.

“Saya tidak akan pernah sanggup melihat pemimpin saya dibaling dengan najis, lembing atau tombak setiap waktu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam.

Menyokong ketegasan Zahid, Syed Ali berkata apa yang luahkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu mencerminkan keserasian gandingan kedua tokoh tersebut dalam mentadbir urus negara dan parti.

“Saya menyokong penuh peringatan Timbalan Presiden UMNO, ketegasannya adalah cermin hati beliau yang sentiasa teguh kepada pasak perjuangan dan setia kepada kepimpinan Najib,” tegasnya.

“Kita berikrar bahawa kita pejuang UMNO, pejuang rakyat, maka sekarang kita kena buktikan ikrar tersebut dengan mempertahankan presiden dan timbalan presiden yang menjadi serangan fitnah jahat pembangkang,” tegasnya.

Beliau mengingatkan, jangan ada mana-mana pihak sama ada dalam dan luar UMNO yang cuba meruntuhkan institusi parti.

UMNO katanya, merupakan institusi orang Melayu dan mana-mana pihak yang cuba meruntuhkankannya bakal berdepan dengan tentangan habis-habisan. –

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia