7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KOTA TINGGI, 6 Ogos – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Jalil meminta agar apa juga program yang dilaksanakan oleh UMNO di peringkat bahagian dan cawangan di akar umbi mestilah melibatkan rakyat dan pengundi di kawasan setempat atau hanya berlegar di kalangan ahli-ahli UMNO sahaja.

Menurut beliau, program yang hanya melibatkan ahli-ahli UMNO sahaja tanpa melibatkan rakyat di sekeliling tidak akan dapat membantu dalam usaha UMNO untuk memperjelaskan sebarang isu yang dijadikan senjata oleh pembangkang untuk menyerang UMNO dan kerajaan.

“Saya lihat antara masalah kita di dalam UMNO ialah mengadakan program-program yang hanya melibatkan ahli sahaja. Kita kena ubah cara dan pendekatan ini. Jika kita laksanakan 100 program sekalipun, tetapi ia hanya melibatkan ahli dan kepimpinan UMNO sahaja, maka ia tidak dapat membantu memberikan penjelasan tentang isu-isu yang menjadi mainan pembangkang untuk menyerang kita.

“Jadi kita perlu perbanyakkan program-program yang dapat mendekatkan diri dan bertemu muka dengan pengundi agar kita dapat memperjelaskan isu-isu terkini kepada mereka, dan saya minta semua jentera, khususnya di kalangan wanita UMNO agar memberikan fokus kepada kumpulan sasaran dan tidak lagi mengadakan program yang hanya dihadiri oleh orang-orang kita sahaja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan perwakilan UMNO Bahagian Tenggara sebelum merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian tersebut, semalam.

Selain itu, Shahrizat turut menyeru agar cawangan-cawangan akar umbi UMNO di seluruh negara diperkasakan kerana menurut beliau, kekuatan UMNO itu datangnya daripada cawangan-cawangan di peringkat akar umbi.

“Kita bukan seperti parti-parti lain yang hanya kuat di peringkat pusat, tetapi lemah di peringkat akar umbi. Kekuatan UMNO untuk terus bertahan selama tujuh dekad sehingga ke hari ini adalah bermula daripada cawangan-cawangan.

“Kekuatan UMNO itu datangnya daripada akar umbi. Ahli-ahli dan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbilah yang sebenarnya merupakanpemimpin dan  pejuang tulen yang terus berjuang untuk memastikan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan negara.

“Kita mesti ingat, bahawa jika tidak ada ahli dan kepimpinan di peringkat akar umbi, maka tidak akan nada pemimpin-pemimpin yang akan memegang jawatan di peringkat atasan. Jika tidak kerana kekuatan akar umbi, maka tidak akan ada kerajaan BN yang memerintah negara sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Justeru, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli dan kepimpinan di peringkat akar umbi yang selama ini terus istiqamah untuk memastikan UMNO terus kukuh untuk mentadbir negeri mahu pun negara.

“Jadi saya bagi pihak pentadbiran pusat, khususnya Wanita UMNO Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan kepimpinan di peringkat akar umbi kerana kekuatan yang ada pada UMNO hari ini adalah bermula dari peringkat akar umbi,” ujarnya.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia