7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru kepada semua pemimpin di cawangan termasuk bahagian agar mendekati rakyat dan memberi penerangan berkaitan fitnah serta sikap negatif pembangkang yang sering memburukkan kerajaan.

Jelas beliau, ini kerana pemimpin pembangkang hanya tahu memfitnah dan tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka.

“Oleh itu saya mohon jentera UMNO untuk menyampaikan mesej ini kepada akar umbi agar mereka tahu sikap pembangkang… Biar mereka sedar.

“Rafizi (Ramli) sendiri sudah beritahu tugas pembangkang memang mengelirukan rakyat dan buat fitnah. Jadi sekarang kita jangan biar mereka terus mengata dan memburukkan kita,” ujarnya dalam ucapan perasmian mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Wangsa Maju hari ini.

Tambah Tengku Adnan, masalah utama pada pilihan raya akan datang adalah persepsi buruk yang digembar-gemburkan pembangkang terhadap pemimpin dan kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN).

“Untuk berdepan pilihan raya akan datang masalah kita adalah persepsi…. Persepsi pada pemimpin dan kerajaan. Tidak ada sebuah kerajaan pun dalam dunia ni ‘perfect’. Kita buat kesilapan tapi dengan kepimpinan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sanggup mendengar dan perbetulkan kesilapan menjadikan pembangkang tidak tahan.

“Sebab itulah mereka mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib… Jadi saya merayu, tolonglah bantu Presiden parti kerana UMNO mesti dipertahankan demi perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Kita percaya kepada parti sebab perjuangan dan landasannya yang betul. Kalau ini luntur apalah yang akan jadi di masa hadapan,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan mensasarkan lima kerusi Parlimen milik pembangkang termasuk Parlimen Wangsa Maju dan Lembah Pantai untuk dirampas pada PRU-14 akan datang.

Justeru beliau meminta anggota parti terus komited mendekati rakyat agar segala permasalahan lebih diketahui dan dapat diperbaiki. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia