7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUANTAN, 5 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat dimensi dan prinsip untuk mencapai pembangunan modal insan secara holistik bagi menjamin perkembangan ekonomi mampan di negara ini.

Beliau berkata prinsip pertama adalah memastikan seramai mungkin rakyat mempunyai tahap pendidikan dan kemahiran yang tinggi bagi membolehkan mereka memenuhi kehendak industri dan sektor pekerjaan di negara ini.

Yang kedua, katanya kerajaan mahu melihat pendapatan rakyat terus bertambah dengan meningkatkan kemahiran sedia ada kerana mereka yang berkemahiran tinggi akan menjana pendapatan lebih baik berbanding pekerja biasa.

“Jika hendak dibandingkan pendapatan seorang pekerja mahir dengan pekerja separa mahir sudah tentu pendapatan pekerja mahir lebih tinggi, begitu juga pendapatan seorang doktor biasa dengan doktor pakar tentu doktor pakar lebih tinggi.

“Jadi sebagai sebuah kerajaan kita mahukan pendapatan rakyat  terus meningkat dengan meminta mereka menambah kemahiran sedia ada,” katanya ketika berucap pada  majlis perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman Kampus Cawangan Pahang di Indera Mahkota, di sini, hari ini .

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia