7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah melihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan terus menjadi ‘senjata’ utama pembangkang dalam usaha memburukkan kerajaan dengan mengelirukan rakyat demi keuntungan politik mereka.

Menurut beliau, pembangkang tidak akan berdiam diri malah akan terus menerus menjadikan bahan tersebut sebagai isu untuk mereka khususnya menjelang pilihan raya umum akan datang, maka tentunya lagi hebat serangan demi serangan terhadap soal yang berhubungkait akan dibuat.

“Sehingga ke hari ini pelbagai penjelasan demi penjelasan diberikan oleh pihak kerajaan, namun pembangkang bukan berniat untuk mendapatkan jawapan, sebaliknya menggunakan isu ini berterusan agar rakyat membenci kerajaan.

“Jawab pun susah…tidak jawab lagi susah malah kita ditohmah dengan macam-macam khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan kerajaan lain yang mana setiap sudut diburukkan dengan macam-macam perkara.

“Justeru kita mengharapkan kerajaan agar jangan hilang fokus sebaliknya terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin. Isu yang berhubung kait dengan 1MDB tidak akan habis dan percayalah akan berterusan hingga pilihan raya,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindak-tanduk pembangkang yang masih berterusan menjadikan isu-isu yang berhubung kait dengan 1MDB sedangkan pelbagai laporan dan pelbagai penjelasan telah diberikan mengenainya.

Haryati seterusnya mengambil contoh bagaimana menjelang pilihan raya umum ke-13 yang lalu apabila isu Lynas menjadi perkara utama dan bahan kempen pembangkang dalam menagih sokongan rakyat, namun isu berkenaan lenyap sejurus pilihan raya tersebut.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Melaka menaruh keyakinan situasi yang sama akan berlaku terhadap 1MDB dan rakyat tidak seharusnya terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang dilontarkan oleh pihak berkenaan.

“Modus operandi pembangkang hari ini adalah dengan melemparkan tuduhan demi tuduhan dengan matlamat untuk menimbulkan kekhuatiran serta kekeliruan di pemikiran rakyat berhubung ketelusan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.

“mereka bukannya mahukan jawapan terhadap perkara yang ditimbulkan namun sekadar untuk dijadikan polemik dalam usaha meraih keuntungan politik semata-mata,” katanya lagi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia