7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PULAU PINANG, 2 Ogos – Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak mendesak dan mencabar kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan secara terbuka berikutan hasil laporan Audit Negara tahun 2016 yang menyatakan wujudnya unsur pemohon melebihi kelayakan tetapi berjaya mendapatkan rumah kos rendah di negeri ini.

Jelas beliau, pendedahan laporan Audit Negara ini amat mengejutkan apabila terdapat pemohonan yang berjaya sedangkan mempunyai pendapatan lebih daripada yang sepatutnya malah lebih mengejutkan apabila ada empat pemohonan yang berpendapatan melebihi RM8,500 turut berjaya memiliki rumah kos rendah.

“Hasil laporan mendapati semenjak tahun 2014 sehingga 2016, terdapat 208 pemohon di bawah Program Perumahan Kos Rendah (PPRK) yang berpendapatan melebihi RM2,500 berjaya mendapat rumah kos rendah di samping 162 pemohon yang bergaji RM2,501 hingga RM3,500 turut berjaya tetapi apa yang lebih luar biasa adalah bagaimana empat pemohon yang berpendapatan melebihi RM8,500 turut berjaya.

“Penemuan ini amat memeranjatkan kerana hak mereka yang sebenarnya layak telah dirampas melalui senarai tapisan oleh pihak kerajaan negeri sendiri,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Katanya, lebih menyedihkan apabila terdapat 490 pemohon miskin masih menunggu tawaran walaupun sudah lebih 15 tahun membuat pendaftaran melalui pejabat perumahan negeri.

“Perkara ini perlu disiasat kerana terlalu serius sehingga individu yang berkelayakan membeli seunit rumah banglo boleh memiliki rumah kos rendah dan pada masa yang sama kerajaan negeri dituntut mengeluarkan senarai statistik pemohon-pemohon yang berstatus melebihi hak kelayakan bagi pengetahuan umum.

“Sejak Dap menerajui kepimpinan negeri Pulau Pinang, pembinaan rumah kos rendah majoritinya disediakan oleh pihak pemaju swasta maka sekalipun pemaju menjual terus ‘secara pintu belakang’, hakikatnya senarai nama serta kelayakan pemohon tetap menerusi borang pendaftaran dan dikemukakan kepada pihak agensi kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum surat tawaran dikeluarkan.

“Jadi soal terlepas pandang atau alasan lain tidak boleh diterima melainkan wujud unsur salahguna kuasa serta rasuah,” tegasnya.

Justeru beliau meminta agar kerajaan negeri bertindak lebih tegas dalam hal ini dan jika tidak disekat maka tidak mustahil soal penawaran rumah kos rendah bukan lagi satu keutamaan kepada golongan miskin. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia