7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Pengerusi Kelab Naib Ketua Bahagian (NKB) 1Malaysia, Datuk Anuar Mohamad Yunus berkata tuduhan terbaru Tun Dr Mahathir kononnya selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berjumpa beliau untuk memohon simpati dan sokongan bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, adalah tidak lebih daripada ‘suatu permainan minda secara nakal’

Menurut beliau dakwaan pertemuan berkenaan kononnya selepas Datuk Seri Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jelas bermotif menggugat kestabilan UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Harus diamati bahawa lonjakan Datuk Seri Zahid ke jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah bagi mengisi tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pada ketika itu sudah tidak lagi sehaluan dengan Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO.

“Adalah diketahui umum bahawa Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah menggerakkan satu konspirasi yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri melalui kaedah serta saluran tidak demokratik.

“Kesudahannya episod yang telah berlalu itu, adalah kejayaan di pihak kepimpinan demokratik dan kegagalan para konspirator. Kegagalan ini mencerminkan penyusutan pengaruh Tun Mahathir yang amat jelas di kalangan akar umbi UMNO,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Anuar yang juga naib ketua UMNO Bahagian Temerloh seterusnya menegaskan adalah tidak masuk akal untuk Ahmad Zahid menerokai jalan menggantikan Najib dengan memohon simpati dan sokongan daripada mantan Perdana Menteri yang pada waktu itu telah terbukti mengalami kemerosotan pengaruh di kalangan ahli UMNO.

Serentak itu, beliau melontarkan keyakinan bahawa keakraban dan keserasian hubungan Perdana Menteri dengan Timbalannya, tidak mudah diganggu-gugat atau dileraikan oleh ‘the little mind games’ yang sedang direncana oleh Tun Dr Mahathir.

“Cukup-cukup lah…. Kami ahli UMNO sudah arif dan masak dengan permainan taktik lama ini. Kami juga yakin dan penuh percaya bahawa warga UMNO dan BN sedang memberi fokus melaksanakan khidmat kepada rakyat dan negara serta bersedia untuk menang pada pilihanraya umum yang akan datangi. Jadi, tiada masa untuk dibazirkan bagi kita melayani tohmahan-tohmahan sebegini,” katanya. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia