7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Johor, Datuk Samsol Bari Jamali menyifatkan Konvensyen BN Johor 2017 baru-baru ini berjaya meningkatkan momentum persiapkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Ia sebagai usaha supaya konsistensi ataupun istiqamahnya usaha dan pergerakan jentera BN berterusan dan bertambah setiap masa secara fokus.

“Konsyensen ini juga bertujuan untuk menambahkan keyakinan para jentera parti supaya lebih fokus dan menggunakan imperikal atau bukti-bukti, figure dan fakta untuk kita menangani isu-isu di luar sana dan dalam masa yang sama kita serlahkan bahawa kita tidak boleh beretorik dalam urusan ini kerana pilihanraya kali ini berbeza dengan pilihanraya yang terdahulu sebelum ini,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor.

Tambahnya, pada pilihanraya kali ini, BN Johor juga harus mengenengahkan pelan mahupun perancangannya, tetapi juga menerangkan akan hasil dan pencapaian yang dicapai sebelum ini.

“Saya harap perkara ini dapat dihadam dengan baik oleh semua pihak dan ianya dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi.

“Kita juga amat teruja untuk menanti retreat di peringkat Parlimen dan Bahagian kerana kita perlu fokus kepada isu dan pencapaian serta perkara-perkara yang berkaitan dengan bahagian mahupun parlimen-parlimen tersebut.

“Ia satu perkara baru, kita bergerak secara fokus kepada keperluan dan isu semasa di peringkat bahagian. Kalau ini dapat dilaksanakan,  dengan gabungan, kerjasama dan persefahaman yang baik yang sedia ada, ditambah pula dengan hasil dan pencapaian baik yang dicapai di peringkat kerajaan, saya percaya kerja-kerja PRU akan lebih mudah dan hasilnya akan lebih baik,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.

Terdahulu, Pengerusi BN Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin mengesa BN agar lebih agresif melakukan serangan strategik terhadap pembangkang bukannya menunggu serangan pelbagai sudut daripada pihak pembangkang.

“BN tidak lagi boleh berpeluk tubuh dan membiarkan parti karam dalam limpahan serangan bertalu-talu Pakatan Harapan kerana pendekatan defensif selama ini seolah-olah menggambarkan BN lemah.

“Pendekatan defensif kita selama ini menggambarkan kita sentiasa melakukan kesilapan dan seolah-olah mereka (pembangkang) yang betul. Kita sudah tidak boleh dilihat seakan menerima dan mengakui segala persepsi negatif yang direka dan dihamburkan terhadap kita,” katanya berucap merasmikan Konvensyen BN Johor baru-baru ini. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia