7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat mandat di negeri Johor, justeru dakwaan yang dibuat Ahli Parlimen Dap Kluang kononnya UMNO Johor makin cemas sekadar cuba memesongkan fokus rakyat serta cuba mengugat semangat jentera BN dan UMNO yang kini sudah berkobar-kobar untuk membantu kejayaan berterusan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Saya yakin BN boleh menang di Johor serta di seluruh negara. Insya’Allah tetapi kita sememangnya sentiasa memperingatkan kepada jentera BN setiap masa bahawa jika kita boleh menang, maka kemenangan yang ada pada hari ini mesti dipertingkatkan daripada PRU13.

“Jika kita boleh menang maka jangan pula terlalu yakin hingga jentera jadi lalai atau leka. Jika lalai, pembangkang boleh menambah kerusi tapi ini mesti dielakkan dengan kesepaduan kepimpinan serta jentera untuk terus bekerja kuat khususnya di dalam mendampingi rakyat,” ujarnya mengulas dakwaan kononnya pembangkang terus mendapat harapan rakyat, malah UMNO Johor cemas sehingga Datuk Khaled Nordin memberikan ingatan agar jangan dibuai dengan noltalgia bahawa BN terus berkuasa.

Tambahnya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, BN dan UMNO harus memantapkan segala bentuk persiapan untuk menghadapi PRU14 dan dalam masa yang sama terus mendampingi rakyat.

“Sama ada kita akan terpilih semula atau tidak, itu terserah kepada kepimpinan tertinggi parti, tetapi kita akan menjalankan tugas kita sebagai wakil rakyat BN sehingga ke penghujungnya.

“Kita juga sebagai pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi juga hendaklah terus bersama dalam satu barisan, inilah masanya untuk kita bersatu supaya UMNO dan BN negeri Johor akan tertambah mantap, jika dibandingkan dengan PRU13 yang lalu.

“Kita yakin dengan persiapapan yang rapi, kita boleh mencapai kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja di Johor malah di seluruh negara,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Setiausaha BN Johor Datuk Md Jais Sarday berpuas hati dengan komitmen dan gerak kerja yang diberikan oleh anggota parti komponen demi menjamin kemenangan.

Dalam Konvensyen BN Johor baru-baru ini, Jais menyifatkan BN Johor kini menumpukan usaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan merampas kembali kerusi yang ditawan pembangkang pada PRU14 nanti.

“Tagline kita adalah ‘retain’ (mengekalkan) dan ‘regain’ (mendapatkan kembali). Justeru, kita yakin dapat mengekalkan 21 kerusi Parlimen dan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi selain mendapatkan semula lima kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN yang dimiliki pembangkang.

“Kalau kita dapat menggemblengkan lagi gerak kerja ini, kita bukan sahaja dapat mengekalkan pencapaian BN di Johor tetapi yakin dapat meningkatkannya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. –MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia