7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KOTA MARUDU, 30 Julai – UMNO mengambil keputusan mengembangkan sayapnya ke Sabah 27 tahun lalu bertujuan untuk memartabatkan Melayu dan Bumiputera di negeri Di Bawah Bayu berkenaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, langkah berkenaan juga sebagai usaha meneruskan perjuangan UMNO di Semenanjung yang ditubuhkan selain untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British juga mengangkat martabat bangsa Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Walaupun negara ini sudah merdeka (ketika itu) perjuangan UMNO tidak terhenti sebaliknya menubuhkan pelbagai institusi untuk memartabatkan Melayu dan Bumiputera di negara ini. Pada ketika itu (selepas mencapai kemerekaan), lebih 60 peratus kaum Melayu dan Bumiputera tergolong dalam kategori miskin tegar,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Marudu di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda.

Menurut Ismail Sabri, sejak UMNO bertapak di Sabah banyak pembangunan telah dilaksanakan di Sabah yang memberi manfaat kepada penduduk dan rakyat Sabah keseluruhannya.

Justeru, Ismail Sabri mengingatkan rakyat Sabah agar tidak mudah terpengaruh dan terpedaya serta percaya dengan segala tohmahan parti-parti pembangkang yang cuma mengelirukan rakyat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

Katanya, kerajaan persekutuan, terutama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengabaikan atau meminggirkan keperluan rakyat Malaysia di Sabah dan terus memberikan peruntukan besar untuk pembangunan negeri berkenaan.

Sebagai contoh katanya, 25 peratus daripada peruntukan untuk kementeriannya diberikan masing-masing kepada Sabah dan Sarawak manakala 50 peratus lagi dikongsi oleh 11 buah negeri di Semenanjung.

Selain itu katanya, ramai golongan profesional dan cerdik pandai di kalangan bangsa Melayu dan Bumiputera telah berjaya dilahirkan melalui pelbagai institusi yang ditubuhkan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.

Sehubungan itu rakyat perlu memberi sokongan kepada kepimpinan negara di bawah Najib dan Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri bagi memastikan BN terus berkuasa kerana dengan kuasa berkenaan banyak lagi pembangunan boleh dilakukan untuk rakyat dan negara, katanya.- MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia