7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menyertai semula UMNO walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi menjadi perdana menteri menunjukkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah kehabisan modal politik.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu keluar dan masuk semula parti bukan perkara baharu bagi Dr Mahathir kerana beliau sudah beberapa kali berbuat demikian.

“Saya rasa Tun dah tidak ada modal lagi, hari-hari ada cerita baharu. Sama ada beliau balik kepada UMNO atau tidak, saya hendak tanya kepada anggota UMNO, kalau beliau hendak balik kepada UMNO pun, anggota UMNO akan terima beliau balik?” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Bandar Tun Razak, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang memetik pengakuan Dr Mahathir sebagai berkata beliau tidak akan kembali kepada UMNO walaupun Najib tidak lagi menjadi perdana menteri, melalui video klip yang dimuat naik di laman Facebook PPBM.

Dalam pada itu, mengenai hasrat UMNO bahagian Bandar Tun Razak yang mahu wakil mereka diletakkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Hishammuddin berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak merupakan kerusi tradisi yang ditandingi MCA.

Pada PRU12 dan PRU13, kerusi Parlimen itu dimenangi PKR menerusi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kemudiannya menjadi wakil rakyat bebas.

Di KOTA BELUD, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob pula berkata Dr Mahathir tidak boleh mengganggap UMNO sebagai milik peribadi dan tiada sesiapa pun mempunyai kelebihan untuk keluar masuk UMNO sesuka hati.

“Bila tidak suka Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), dia (Dr Mahathir) keluar (UMNO); bila gaduh dengan Tunku Abdul Rahman, dia keluar , bila tidak suka Datuk Seri Najib, dia keluar. Tak boleh la.  Perjuangan UMNO bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk orang Melayu dan Bumiputera,” katanya kepada  pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kota Belud.

Katanya UMNO pun tidak menjemput Dr Mahathir menyertai semula parti itu memandangkan bekas perdana menteri itu sekarang setaraf dengan pemimpin pembangkang lain yang menubuhkan parti semata-mata untuk menjadi musuh UMNO dan menentang kerajaan.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia