7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PARIT, 29 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO sama sekali tidak menggunakan kaedah ‘politic of fear’ iaitu politik menakut-nakutkan rakyat sebaliknya mengambil pendekatan memberi keyakinan serta harapan kepada mereka.

Menurut beliau menerusi pendekatan tersebut UMNO dan Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah dengan terus diberi keyakinan dan kepercayaan oleh rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab menerajui kepimpinan negara hari ini.

“Sebab itulah kita mesti meletakkan keyakinan kepada UMNO… dalam politik kita ada dua dimensi, satunya ‘politik of fear’ dan ‘the politic of hope’..UMNO tak main ‘politik of fear’ …kita beri keyakinan dan pengharapan kepada rakyat. Orang yang main politik menakut-nakutkan adalah mereka yang tidak ada kuasa dan ingin menumbangkan orang yang ada kuasa.

“Tetapi UMNO dan BN parti berkuasa, kita tidak perlu main ‘politik of fear’…kalau kita main, kita hancurkan harapan rakyat kepada negara dan kita akan berkecamuk. UMNO akan terus beri pengharapan kepada rakyat kerana kita telah membuktikan selama memerintah bersama rakan-rakan yang lain, kitalah parti yang banyak berbudi, berjasa dan membawa perubahan kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat UMNO bahagian Parit, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua UMNO bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan; Timbalannya, Datuk Nasarudin Hashim, Naibnya; Datuk Ir Mohd Nizar Zakaria serta pimpinan empat peringkat yang lain.

Najib yang juga Presiden UMNO seterusnya menegaskan di dalam parti perbezaan pendapat serta pandangan adalah perkara biasa.

“Kita boleh berbeza pendapat…sedikit sebanyak bertelagah…kita dalam keluarga UMNO takkan semua sebulu dan sehaluan sahaja…. Memang ada perbezaan pendapat tetapi jangan sesekali menghancurkan parti keramat kita. Parti kita satu-satunya yang boleh kita harap. Siapa yang boleh bela masa depan kita melainkan UMNO dan BN.

“Dalam pilihan raya nanti kita ada dua pilihan sahaja..sama ada parti yang diterajui UMNO, menerusi BN atau pakatan yang dipimpin oleh Dap…takkan ‘parti bunga’ dengan satu kerusi boleh tentukan. Tidak masuk akal…takkan orang dah pencen boleh tentukan kuasa… masuk akal tak…, kita dah sedar dan berlaku di Perak sebelum ini.

“Sebab itulah pada kita apabila ada dua pilihan maka kita mesti beritahu yang terbaik adalah BN yang diterajui UMNO untuk kepentingan semua rakyat,” katanya. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia