7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LANGAT, 29 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah medan terbaik bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali merampas Selangor selepas dua penggal tewas kepada pakatan pembangkang.

Ahmad Zahid, yang menjalan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, berkata untuk merealisasikan matlamat itu, para pemimpin UMNO dan BN Selangor perlu mengelak sengketa sesama sendiri serta sentiasa menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang.

“Saya kena akui hakikat permasalahan dalaman (parti) menyebabkan kita kecundang dua kali (di Selangor) sebab kita melayani rasa tidak puas hati dalam kalangan kita melebihi rasa mahu kebersamaan kita.

“Inilah masanya, inilah waktu terbaik untuk rampas semula Selangor,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata segala pembangunan yang rakyat kecapi di Selangor adalah hasil usaha gigih pimpinan BN.

“Lebih 73 peratus FDI (pelaburan langsung asing) dibawa oleh kerajaan BN … kita yang membawa pembangunan Selangor dahulu,” katanya.

Sambil terus mengingatkan anggota UMNO supaya menghentikan semua pertelingkahan dalaman,  Ahmad Zahid berkata usaha memenangi semula kerusi Parlimen dan DUN daripada tangan pembangkang dapat diterjemahkan apabila kepimpinan UMNO di semua peringkat bersatu.

“Kekalahan kita sebab banyak membuang masa melayani permasalahan dalaman dan ketidakpuasan hati dalam kalangan kita. Era itu telah berlalu.. noktah harus diletakkan atas persengketaan dalaman itu.

“Mulai hari ini, kita lupakan titik-titik hitam yang berlaku. Kita letakkan titik titik merah sebagaimana merahnya kita hari ini,” katanya dengan penuh semangat.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia