7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

BESUT, 29 Julai –  Sejumlah 2,654 anggota UMNO di daerah Besut masih belum berdaftar sebagai pengundi, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menteri  Besar itu berkata dari jumlah itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mencatatkan jumlah ahli tidak berdaftar teramai iaitu seramai 838 orang ahli.

Beliau berkata ia diikuti DUN Jerteh iaitu seramai 703 ahli, Kuala Besut (589) dan Kota Putera (524).

“Saya difahamkan mereka haruslah berbuat demikian sebelum September ini, kita tidak boleh meramalkan bila berlakunya PRU14 tapi kita harus mempersiap siagakan jentera kita bagi menghadapinya kelak,”  katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Besut di sini, hari ini.

Turut  hadir Ketua UMNO Bahagian Besut Nawi Mohamad dan Anggota Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam pada itu, mengenai kehadiran Rafizi Ramli di Kuala Terengganu, semalam, Ahmad Razif berkata sambutan yang diterima dalam program yang dihadiri Naib Presiden PKR itu dilaporkan agak mengecewakan.

“Tiap kali mereka (pembangkang) datang, mereka hanya membangkitkan isu yang sama yang sudah acap kali diterangkan seperti 1MDB,”  katanya.

Katanya, ia menunjukkan rakyat Terengganu sudah mengetahui permainan pembangkang untuk cuba menghasut mereka menentang kerajaan.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia