7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kepimpinan pembangkang dinasihatkan agar tidak menjadi ahli politik yang bebal ekoran sikap mereka yang berulang kali membangkitkan isu 1MDB, di mana isu tersebut  telah pun dijawab sebanyak 72 kali oleh kerajaan melalui pelbagai medium seperti televisyen, forum termasuklah menjalani siasatan secara terbuka, demikian jelas Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail.

Beliau menyifatkan pembangkang sudah ketandusan isu untuk menyerang UMNO dan kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB yang telah melalui pelbagai proses penjelasan, termasuklah disiasat oleh PAC yang turut dianggotai oleh ahli parlimen pembangkang.

“Saya jadi pelik dengan sikap pemimpin pembangkang. Apakah mereka ini bebal, atau tuli atau tidak tahu membaca dan menulis? Bukankah telah berpuluh kali kerajaan jelaskan tentang isu 1MDB, termasuklah mengadakan siasatan secara terbuka tentang isu penyelewengan syarikat tersebut.

“Dalam siasatan PAC yang dianggotai oleh beberapa ahli parlimen pembangkang, termasuk Tan Seng Giaw jelas memperlihatkan Datuk Seri Najib langsung tidak terlibat. Jadi untuk apa lagi mereka membangkitkan isu ini?

“ Jelas, mereka sudah tidak ada isu lagi untuk memburukkan kerajaan, hinggakan mereka terpaksa membangkitkan isu yang sudah terjawab untuk dipolemikkan sekali lagi dalam dewan rakyat,” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Zein yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang  menegaskan, sudah tiba masanya pembangkanglah yang  sepatutnya menjawab begitu banyak isu yang dipersoalkan oleh rakyat yang sehingga kini masih tidak dijawab secara jelas oleh kepimpinan mereka.

“Isu kerajaan pembangkang di Selangor seperti  Isu splash,isu penyelewengan pasir, isu pembinaan pintu gerbang yang menelan belanja yang tidak sepatutnya.Apa penjelasan mereka?  Begitu juga dengan isu YAWAS, SMUE, DEIG, Paya Wetland yang masih tidak diberikan penjelasan yang memuaskan hati rakyat oleh pembangkang.

“Kita juga nak tanya pada Dap, apa cerita tentang dana RM 1.2 bilion yang didakwa diberikan oleh Israel kepada mereka jika menang pru ke 13 yang lalu? Mengapa kepimpinan Dap bagaikan monyet bisu, langsung tidak berbunyi dan bersuara tentang isu tersebut. Rakyat di seluruh negara tertunggu-tunggu jawapan mereka.

“Begitu juga dengan isu dana terowong bawah laut di Pulau Pinang  yang menggunakan wang rakyat berbilion-bilion banyaknya. Apa sudah jadi dengan terowong tersebut? Mengapa begitu banyak wang dilaburkan untuk kajian terowong bawah laut itu? Dan isu dana pembinaan lorong basikal yang berjumlah jutaan ringgit yang tidak sepadan dengan laluan basikal yang dibina?

“Mengapa mereka tidak jawab isu-isu ini. Apakah mereka fikir rakyat tidak mahu tahu tentang isu ini dan hanya mahu tahu tentang isu 1MDB saja? Apakah pemimpin pembangkang beranggapan bahawa rakyat juga sebebal mereka? Mereka patut jawab isu-isu yang berbangkit ini. Jangan jadikan isu 1MDB untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu yang membelenggu mereka itu,” ujarnya.

Justeru itu beliau menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dan tidak mempedulikan lagi isu-isu lapuk yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang yang  tidak habis-habis meminta penjelasan, sedangkan sudah berpuluh kali kerajaan memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Saya fikir rakyat tidak perlu layan mereka yang tidak faham bahasa dan suka mengulangi benda-benda yang sudah pun terjawab. Mereka ini sekadar mahu mengalih perhatian kita daripada memberi tumpuan kepada isu-isu yang kegagalan pentadbiran pembangkang di negeri yang mereka kuasai, termasuklah isu dalam antara parti pembangkang itu sendiri.

“Sudah sampai masanya rakyat memandang ke hadapan. Kerajaan BN komited untuk membawa negara ke arah yang lebih baik, yang mampu memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Usah lagi pedulikan pembangkang asyik berpolitik 24 jam sehingga pentadbiran negeri jadi tunggang langgang dan parti mereka  sendiri jadi huru hara,” katanya.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia