7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PULAU PINANG, 28 Julai – Mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan ‘membeli anugerah’ daripada Europe Business Assembly (EBA) sepertimana yang didedahkan oleh akhbar berbahasa Cina, Guan Ming Daily baru-baru ini.

Katanya, Guan Eng selaku Ketua Menteri perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan membeli anugerah bertujuan bermegah-megah untuk memperlihatkan kononnya agensi kerajaan di bawah pentadbiran kerajaan Pulau Pinang begitu efisyen, sehingga mendapat anugerah antarabangsa.

“Pendedahan yang dibuat oleh Guang Ming Daily ini sebenarnya adalah satu dakwaan yang sangat-sangat mencemarkan imej kerajaan Dap yang menggunakan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus.

“Sebab itu Guan Eng perlu tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Bahkan ada dakwaan bahawa pembelian anugerah itu menggunakan duit rakyat”, tegasnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau sekiranya Guan Eng terus mendiamkan diri daripada memberikan penjelasan berhubung dakwaan tersebut, maka secara tidak langsung umum boleh anggap dakwaan itu sebagai sesuatu benar.

“Sebab itulah kita mahu beliau tampil. Berikan penjelasan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) seterusnya berkata EBA merupakan sebuah organisasi yang diragui ketelusannya apabila terdapat beberapa dakwaan di beberapa buah negara bahawa EBA merupakan sebuah organisasi yang menyalahgunakan kuasa dengan menjual anugerah kepada pihak tertentu, untuk mendapatkan keuntungan.

“Banyak dakwaan di internet yang lihat mempertikaikan kredibiliti EBA dalam memberikan anugerah.

“Apa yang jelas, EBA di dakwa sebagai sebuah badan yang menjual anugerah demi mendapatkan keuntungan”, katanya.

Jadi dalam hal ini tegas beliau lagi, pihak kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan apakah kerajaan negeri tidak tahu tentang hal ini atau dalam erti kata lain ditipu?

“Atau pun kerajaan negeri sememangnya membayar sejumlah wang kepada EBA bertujuan untuk mendapatkan anugerah ini?

“Apakah wang rakyat digunakan untuk membeli anugerah ini? Dan sekiranya dakwaan ini benar, apa pula tindakan kerajaan negeri?,” soalnya.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad mendesak kerajaan Pulau Pinang tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan akhbar Guan Ming Daily tersebut.

Menurut beliau, amatlah mendukacitakan sekiranya perkara itu benar dan katanya apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang itu tidak ada bezanya dengan membeli ijazah yang dijual atas talian.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada tarikh 26 Julai yang lalu turut mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung pendedahan anugerah palsu tersebut dan meminta agar pihak pengajur mengesahkan sama ada pengiktirafan itu tulen atau pun palsu.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia