7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kesepakatan di antara Dap dan PKR menamakan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan adalah sandiwara untuk mengaburi persepsi rakyat tentang keberantakan dalaman yang sedang berlaku di kalangan mereka, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Zurainah Musa.

Katanya, jawatan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir hanya sebagai umpan untuk memancing undi orang Melayu dalam PRU 14 nanti.

“Selain daripada reaksi suam-suam kuku pemimpin Dap dan PKR tentang kerjasama dengan PPBM, keinginan Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi juga tidak disambut dengan positif oleh mereka.

“Saya yakin Tun Dr Mahathir tidak akan diberi kepercayaan menjadi Perdana Menteri oleh Lim Kit Siang kerana kuasa autonomi ada di tangan Dap,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Selaras dengan itu, beliau menyeru agar rakyat sedar akan permainan politik pakatan harapan yang hanya berpaksikan agenda peribadi masing-masing.

“Ini supaya rakyat dapat menilai dan membuat keputusan tepat untuk memilih parti dan barisan pemimpin yang benar-benar telah terbukti mengemudi negara dengan makmur, harmoni dan stabil selama berpuluh tahun lamanya,” katanya lagi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia