7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SEGAMAT, 27 Julai – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional dalam daerah Segamat hari ini menafikan bahawa terdapat salah seorang dari mereka yang menjadi Ahli Majlis di daerah tersebut.

Ini susulan dakwaan dari Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd Ithnin bahawa terdapat “orang politik” di daerah Segamat yang menjadi ADUN dan pada masa sama menjadi Ahli Majlis di Majlis Daerah Segamat (MDS).

ADUN Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, salah seorang ADUN BN dalam daerah Segamat berkata kenyataan Shazni Munir tersebut menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang sering menabur fitnah.

“Kita dapat melihat sebenar wajah pembangkang terutamanya PAN. Apabila mereka berkempen, mereka bercakap tanpa fakta dan lebih menjurus kepada fitnah-fitnah ataupun perkara tak berasas,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan Shazni Munir tersebut langsung tidak berasas kerana tiada seorang ADUN pun di daerah tersebut yang menjawat jawatan ahli majlis.

Mohd Azahar turut menambah bahawa BN sekadar membuang masa sekiranya menyahut cabaran Shazni Munir untuk berdepan dengan beliau berkenaan dakwaannya tersebut.

“Mereka bercakap ni macam orang tak berilmu apabila berhujah. Nak berhadapan buat apa dia cakap pun tak masuk akal. Hanya buang masa kita,” ujarnya.

Shazni Munir Selasa lalu mengemaskini status Facebook beliau, dengan menjemput mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan ucapan beliau untuk berdebat atau berhadap dengan beliau dalam sebuah forum.

“Mana-mana pemimpin BN dan UMNO di Segamat yang tidak berpuas hati dengan ucapan saya, dengan penuh takzim, saya jemput untuk bersemuka di pentas terbuka. Terpulang, mahu debat atau forum. Tempat dan masa anda tentukan. Saya tunggu,” tulis Shazni.

Sementara itu ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor turut melahirkan kekesalan beliau terhadap tindak-tanduk Shazni Munir tersebut.

“Sememangnya kita rasa kesal kerana dakwaan tersebut tak berasas. Sekarang info mudah diperolehi dengan melayari laman sesawang MDS, tak perlu gunakan pentas mendakwa sesuatu yang tiada (berlaku).

“Ia hanya akan mengundang kekeliruan. Pemimpin yang baik akan menggagaskan sesuatu idea untuk kebaikan masyarakat. Kalau sekadar menabur fitnah ia akan membawa kepada ketidakharmonian masyarakat,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Dua lagi Adun BN dalam daerah Segamat ialah Norshida Ibrahim (Buloh Kasap) dan Lau Chin Hoon (Pemanis).

Semakan di laman sesawang MDS mendapati tiada nama-nama ADUN BN yang menjadi ahli majlis di sana.

Shazni Munir membuat dakwaan tersebut dalam ‘Jelajah Bina Semula Negara’ Invoke di Segamat pada 22 Julai lalu

“Orang-orang politik yang dah ada yang jadi Adun pun tapi masih jadi Ahli Majlis Majlis Daerah Segamat.

“Jadi ADUN! Tuan-tuan boleh periksa siapa orang politik di Segamat tetapi jadi ADUN pada masa yang sama jadi ahli majlis daerah Segamat” Shazni Munir berkata dalam ucapannya dalam jelajah tersebut. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia