7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii hari ini menjelaskan bahawa tindakan provokasi Armada PPBM di dalam media soisal untuk mencabar Pemuda UMNOlah yang menjadi punca tindakan balas segera Pemuda UMNO dalam menghalang niat mereka untuk menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO untuk menghadiri program Nothing To Hide 2.0 .

Beliau turut mempertikaikan apa keperluan Armada ini mewar-warkan kononnya mereka seramai 150 sehingga 200 orang akan menyertai ‘rombongan ke Menara Dato’ Onn untuk menyerahkan surat jemputan tersebut biarpuan pada hari kejadian hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang hadir.

“Mereka datang dengan membawa plakad provokasi. Sekiranya berniat sekadar menghantar surat mahupun memorandum dengan aman, tak perlulah sampai bawa pelbagai sepanduk biadap. Nak hantar memorandum, biarlah kena dengan adabnya.

“Mereka ajak Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak berdebat isu 1MDB, mereka silap kerana untuk isu tersebut mereka perlu jemput Najib atas kapasiti Perdana Menteri, kalau macam tu pergilah membuat jemputan di Putrajaya sepatutnya,” ujarnya kepada media di sini petang tadi.

Dalam masa yang sama tambahnya, mereka (Armada) mendakwa ditumbuk.

“Sebenarnya mereka tidak ditumbuk, hanya berlaku tolak-menolak iaitu perkara biasa sahaja dalam mana-mana demonstrasi secara aman mahupun sebaliknya.

“Malah mereka pun sudah minta maaf dan mengakui tiada yang ditumbuk,” katanya.

Tegas beliau lagi Pemuda UMNO tidak akan membiarkan perbuatan biadap dan kurang ajar berulang sekali lagi.

“Cukuplah sekali Adam Adli bertindak biadap menurunkan bendera UMNO – Sang Saka Bangsa di perkarangan Menara Dato Onn, Ibu Pejabat UMNO Malaysia satu ketika dahulu.

“Banyak cara boleh hantar memorandum, antaranya menggunakan perkhidmatan Pos Laju, courrier, email, faks dan sebagainya. Nak juga hantar berkumpulan dan siap buat provokasi tu, dah kenapa?

“Kita faham mereka serpihan ahli UMNO yang telah tersesat jauh dan tersilap langkah. Mereka mungkin rindukan PWTC. Jadi perasaan mereka tu membuak-buak nak pijak PWTC, namun apakan daya.

“Kita Pemuda UMNO, takkan selangkah berundur ke belakang mempertahankan agama, parti dan tanah air,” tambahnya lagi. –MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia