7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SHAH ALAM, 26 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Mohd Nazri Amin berkata dakwaan penyalahgunaan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) oleh kerajaan negeri untuk membaik pulih infrastruktur negeri berkenaan amat mengejutkan.

Serentak itu, beliau menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan pihak-pihak yang berkaitan memberikan penjelasan terperinci penggunaan wang terbabit dan keseluruhan penyaluran wang Marris digunakan.

“Dana berkenaan sewajarnya digunakan untuk perkara yang ditetapkan sepertimana di dalam garis panduan penggunaan wang Marris. Apa yang didedahkan itu sebenarnya mengejutkan kita kerana sebelum ini pun pernah berbangkit perkara yang sama.

“Tindakan itu mungkin akan menyebabkan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan menerusi wang Marris terganggu dan menyebabkan rakyat menanggung kesannya. Inilah yang kita mahu penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dilaporkan kerajaan Persekutuan perlu meneliti semula cara penggunaan dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) di setiap negeri bagi memastikan peruntukan itu tidak disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata ini kerana pihaknya mendapati terdapat dakwaan dana itu telah disalahgunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk membaik pulih dua buah dewan di Kampung Padang Jawa dan Kampung Kuantan, kedua-duanya di Klang.

Dan semalam, perkara sama dibangkitkan oleh Penyelaras Pembangunan Kerajaan Persekutuan Parlimen Shah Alam, Datuk Azhari Shaari yang mendakwa papan tanda bagi kerja membaik pulih kedua-dua dewan itu ditulis sebagai ‘Projek Infrastruktur Marris’…..

Nazri seterusnya menegaskan walaupun benar penggunaan wang berkenaan melibatkan infrstruktur untuk rakyat, beliau turut mempersoalkan bagaimana pula dengan hak yang lain yang sepatutnya mendapat peruntukan berkenaan.

“Bagaimana dengan kawasan yang sepatutnya mendapat peruntukan tersebut…? Apakah kerajaan negeri boleh dengan sewenang-wenangnya memggunakan peruntukan tersebut tidak berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan.

“Inilah yang kita mahu dan inilah yang sepatutnya kerajaan negeri beri tumpuan. Berikan penjelasan menyeluruh supaya semua pihak dapat tahu dengan jelas keseluruhan peruntukan tersebut.

“Kita bukannya mempertikaikan langkah mereka untuk membaikpulih infrstruktur dan sebagainya namun kita mahu hak mereka yang lain turut mendapat perhatian yang sama,” ujarnya.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia