7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini mendesak pihak berkuasa Indonesia untuk membebaskan nelayan-nelayan dan dua buah bot nelayan yang telah ditahan dan ditunda ketika menangkap ikan di perairan Malaysia baru-baru ini.

Beliau bersama Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mewakili keluarga nelayan Sekinchan membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan pegawai penguatkuasa Indonesia yang disifatkan sebagai pengkhianat menyalahgunakan kuasa menahan dan menunda bot nelayan tempatan di perairan Malaysia.

“Ini bukanlah perkara baru, pihak penguatkuasa Indonesia bukan sahaja menceroboh sempadan perairan Malaysia, malah bertindak tanpa perikemanusiaan merampas, mengmabil kesemua aset dan mengebom bot nelayan tersebut sebelum ini, walaupun dalam kes yang terdahulu, nelayan-nelayan kita telah dibenarkan pulang ke Malaysia.

“Mereka ini adalah nelayan, cari makan tetapi apa yang telah dibuat oleh penguatkuasa dari Indonesia adalah perkara di luar batasan. Kita bersetuju jika nelayan-nelayan ini jika melakukan kesalahan menangkap ikan di perairan Indonesia, dikenakan tindakan tetapi melalui data terakhir yang kita perolehi membuktikan bahawa nelayan-nelayan tersebut dalam perairan Malaysia dan ditunda penguatkuasa Indonesia dan akhirnya mendakwa nelayan dari Sekinchan ini menangkap ikan di perairan mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan Indonesia di sini hari ini susulan tindakan pihak berkuasa Indonesia yang menembak dan merampas bot nelayan Sekinchan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempertikai agensi penguatkuasa dari Malaysia sendiri seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dari perikanan ketika nelayan-nelayan ini ditangkap, kerana perkara sebegini sudah terlalu kerap berlaku dan akhirnya merugikan para nelayan yang mencari pendapatan di perairan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Jamal yang juga Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar mendakwa bakal menguasai dan memenangi semula kerusi DUN Sekinchan, yang kini kubu Dap, pada PRU14.

“Melihat kepada momentum sekarang BN ada peluang besar untuk merampas kembali Dun berkenaan. Saya memberi janji kepada semua penduduk Sekinchan walaupun tiga kali Dun Sekinchan kalah tapi kali ini kita akan rampas daripada tangan Dap”, katanya. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia