7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

Muhyiddin Yassin adalah di antara pelbagai pihak yang mempersoalkan projek super mega ini selain daripada rakyat dan NGO-NGO negeri.

Agak melucukan kerana kini, Muhyiddin terpaksa menyapu balik ludah yang terpalik ke mukanya sendiri kerana bersekongkol dengan pihak tersebut.

Isu terowong bawah laut yang diselubungi pelbagai kontroversi semakin menghantui kerajaan DAP Pulau Pinang. Projek yang terdiri daripada terowong bawah laut di antara Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth) dan 3 jalan utama bernilai RM6.341 bilion wang rakyat.

Malangnya, projek yang telah diluluskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang pada 4 Oktober 2013 itu tiada menunjukkan sebarang tanda telah dimulakan. Projek yang didakwa ‘telah berjalan mengikut jadual’ tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada jadual perlaksanaannya.

Lebih memusykilkan ialah masih tiada lagi laporan-laporan atas kertas yang menjadi topik panas rakyat serta gagal dijawab oleh kerajaan DAP. Ianya terdiri daripada:

1. 3 Jalan Utama (20.23 km)

  • Laporan Kebolehlaksanaan – RM31.3 juta.
  • Yuran Rekabentuk Terperinci – RM177.5 juta.
  • Total : RM208.8 juta

2. Terowong Bawah Laut (4.14 km Selatan dan 3.54 km Utara)

Laporan Kebolehlaksanaan – RM20 juta
Yuran Rekabentuk Terperinci – RM76 juta
Total : RM96.2 juta

Lebih malang lagi apabila sejumlah RM208 juta wang rakyat sudah pun dibayarmenggunakan tanah rakyat kepada pemegang konsesi dan ianya disahkan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 19 Mei 2017. Nilai ini adalah sebahagian daripada kos total yang berjumlah RM305 juta (laporan dan yuran untuk terowong – RM96 juta)

17 Februari 2015 – RM 135 juta

22 Mac 2017 – RM 73 juta

Malah, isu laporan dan kajian ini juga telah beberapa kali bertukar cerita :

14 Januari 2014 – Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd menjangka akan menyiapkan kajian kebolehlaksanaan untuk projek infrastruktur terowong bawah laut dan jalan utama pada April tahun ini (2014), kata pengerusinya.

Setelah 2 tahun, kajian tersebut tidak siap-siap lagi!

16 Jun 2016 – Dilaporkan kajian kebolehlaksanaan selesai 83% dan akan siap dalam tempoh enam bulan.

24 November 2016 – Hasil kajian kebolehlaksanaan bagi terowong dasar laut itu akan siap menjelang akhir tahun ini (2016) dakwa Exco kerajaan negeri telah mencapai 87% siap.

Adegan menegakkan benang yang basah kerajaan DAP negeri berterusan apabila mereka sekali lagi cuba mempertikaikan penjelasan Menteri Kerja Raya. Yang terbaru ialah kerajaan DAP negeri mendakwa bahawa Jawatankuasa Kira-kira Kerajaan (PAC) Negeri Pulau Pinang telah memanggil semua pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan.

Kerajaan DAP juga mendakwa laporan Jawatankuasa PAC telah dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, maka ia kononnya menunjukkan keterbukaan serta berpegang kepada prinsip CAT.

Persoalannya sekarang, apakah benar laporan PAC telah dibentangkan sepenuhnya dalam Dewan Undangan Negeri?

Persoalan ini timbul kerana sebelum ini beberapa ADUN negeri termasuk daripada PKR telah mempertikaikan perkara tersebut :

17 Mei 2016 – Cheah Kah Peng (PKR-Kebun Bunga) membidas PAC kerana gagal membentangkan laporan siasatannya walaupun diarah berbuat demikian enam bulan sebelumnya. DEIA yang sepatutnya siap 16 April manakala laporan PAC masih tak siap.

18 Mei 2016 – Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang merupakan ahli PAC berkata PAC sepatutnya membentangkan laporannya dalam sidang Dewan ketika itu. Beliau merujuk kepada laporan yang gagal dibentangkan dalam dewan legislatif negeri itu buat kali kedua.

3 Oktober 2016 – PKR Tanjong telah mengingatkan PAC negeri supaya tidak lagi menangguhkan pembentangan laporan projek terowong dasar laut dan lebuh raya pada sidang DUN. Ketua Cabangnya berkata, laporan itu sebelum ini sepatutnya dibentangkan dalam sidang DUN lalu namun gagal disiapkan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan.

22 November 2016 – Tee Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) membangkitkan isu pampasan tanah serta mempersoalkan status projek pembangunan di tanah tersebut sekiranya projek terowong bawah laut itu tidak diluluskan.

Dr Mahathir sendiri pernah mempertikai cadangan Lim Guan Eng untuk membina terowong dasar laut itu sebagai satu pembaziran duit rakyat.

“Ini sengaja nak membazir duit rakyat. Tidak ada alasan yang munasabah bagi pembinaan tersebut,” tegasnya.

Dan sekarang, Mahathir bersekongkol pula puak DAP itu.

Yang terbaru, terdapat pihak yang telah membuat laporan meminta polis menyiasat dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganuge­rahkan projek kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai modal di bawah paras ditetapkan ketika membida projek terowong tersebut. Syarikat itu didakwa memiliki mo­dal bernilai 1,900 kali ganda lebih rendah daripada paras minimum ditetapkan Jabatan Kerja Raya.

Kegagalan kerajaan DAP negeri dalam pelan pengangkutan mereka itu jauh berbeza dengan kemampuan kerajaan BN Persekutuan yang berjaya dengan perancangan mereka. Yang terbaru ialah Fasa kedua jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dari stesen Semantan ke stesen Kajang yang telah beroperasi pada 17 Julai 2017. Manakala Fasa pertama dari stesen Sungai Buloh hingga stesen Semantan, telah beroperasi pada 16 Disember 2016.

Realitinya, terlalu banyak kontroversi yang menyelubungi skandal billion ringgit wang rakyat di Pulau Pinang. Ia dimudaratkan dengan kes mahkamah Lim Guan Eng yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah.

Begitu juga dengan penyakit dalaman parti DAP yang juga penuh dengan rasuah yang begitu teruk. Malah, budaya rasuah dalam parti cauvinis itu adalah yang paling cepat dalam dunia!

Perkara di atas mesti diterangkan berulang-kali kepada rakyat secara berterusan supaya rakyat benar-benar faham betapa teruknya kerajaan DAP negeri.

Cara yang terbaik sebenarnya ialah dengan menjatuhkan kerajaan DAP pada PRU14 yang akan datang. Dengan cara ini, kerajaan negeri yang baharu dapat membuat penyiasatan terperinci terhadap kerajaan DAP ini serta mendedahkan segala kerosakan yang telah mereka lakukan.

Rujukan :

1. http://www.thesundaily.my/news/938998
2. http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/06/16/consortium-to-complete-feasibility-study-in-new-twist/
3. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/11/24/penang-undersea-tunnel-study-ready-by-next-month/

Dr Novandri Hasan Basri

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia