7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan enam inisiatif untuk warga peneroka FELDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sepatutnya membuat sedikit kerja rumah bagi mengelakkan mereka kelihatan seperti orang yang dangkal akal, demikian saranan Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Datuk Baharum Hj Mohamad.

Jelas beliau tidak seharusnya timbul dakwaan kononnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdesak untuk memberi gula-gula pilihanraya kerana kerajaan yang sedia ada sememangnya sejak dari dulu  lagi amat konsisten dalam menjaga kebajikan dan juga kepentingan warga peneroka.

Malah apa yang penting tegasnya bagaimana FELDA yang sentiasa peka dengan permasalahan peneroka dan keprihatinan berkenaan bukanlah bermusim seperti mana pembangkang yang hanya menunjukkan wajah mereka sekadar waktu menjelangnya pilihan raya semata-mata.

“Enam inisiatif yang baru sahaja diumumkan itu adalah lanjutan kepada apa yang telah dilaksanakan sebelum ini. Bantuan hari raya, bantuan persekolahan, rumah untuk generasi kedua dan macam-macam lagi bentuk bantuan dan juga pelbagai usaha dalam meningkatkan lagi taraf ekonomi warga peneroka.

“Jangan samakan kita dengan pembangkang yang hanya timbul bila tiba musim pilihanraya.  Memang tiada apa di dalam dunia ini sempurna tetapi kita bukan jaguh tong kosong… jika timbul satu dua masalah mereka canang, cuba jadi jaguh dan manipulasi isu yang timbul.  Itu sahaja kerja yang mereka lakukan dan bila dekat-dekat pilihanraya maka makin keraplah mereka ini tampil kononnya menjadi pembela masyarakat FELDA”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tanggapan sesetengah pihak kononnya insentif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sempena Hari Peneroka 2017 mempunyai niat tertentu termasuklah kononnya mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum nanti.

Baharum seterusnya menegaskan warga peneroka sebenarnya sedar dan tahu malah mereka juga masak dengan perangai parti pembangkang hari ini yang hanya memanipulasi perkara yang berkaitan dan dekat dengan warga FELDA dengan harapan mendapatkan sokongan.

“Saya yakin dan percaya konsistensi FELDA dalam membantu warga peneroka tidak akan terhenti malah tidak akan dibayangi oleh mana-mana pihak serta kepentingan lain. Di Sekijang sendiri terdapat lima FELDA dan kita lihat ianya berjalan dengan baik dan insya Allah insentif terbaru yang diumumkan itu dapat membantu warga peneroka.

“Biarlah pembangkang nak cakap apa sekali pun yang penting keikhlasan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan generasi FELDA,” ujarnya.

Enam insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pelupusan hutang tanam semula RM5,000 bagi setiap peneroka yang menanam semula melalui FELDA dengan peruntukan RM519juta.

Keduanya kelulusan membina lebih satu unit rumah di atas satu tapak di tanah rancangan FELDA, ketiga dana pelupusan hutang tanam semula RM300 juta diwujudkan tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021.

Keempat pula pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV membabitkan 77,934 peneroka dan kelima geran khas tanam semula peneroka RM7,500 setiap hektar melalui program tanam semula FELDA.

Keenam adalah bayaran insentif khas peneroka RM5,000 bagi setiap keluarga membabitkan 94,956 keluarga, dibayar mula hujung Ogos ini. –MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia