7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Dijangka hampir 70,000 orang bakal memeriahkan Majlis Rumah Terbuka UMNO yang bakal berlangsung pada Ahad, 16 Julai ini di Dewan Tun Razak 1 dan 2 Pusat Dagangan Dunia Putra.

Dengan bertemakan ‘Kebersamaan Pemimpin dan Rakyat’, UMNO membawa kelainan dengan pengunjung yang hadir berpeluang untuk merasai hidangan tradisi mengikut negeri-negeri.

Menurut Ketua Setiausaha Bahagian Ibu Pejabat UMNO, Datuk Nor Azuwan Aziz, pada kali ini setiap negeri yang diketuai Pengerusi Badan Perhubungan negeri masing-masing akan menjadi tuan rumah untuk menyambut kehadiran para tetamu di gerai-masing-masing.

“Setiap Pengerusi Badan Perhubungan Negeri bersama barisan kepimpinannya akan menyambut dan melayan para tetamu yang datang di gerai negeri-negeri tersebut. Ini bersesuaian dengan tema kita iaitu ‘Kebersamaan Pemimpin dan Rakyat’.

“Rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan pemimpin tertinggi parti yang akan menyambut kehadiran orang ramai. Selain hidangan yang pelbagai rumah terbuka ini juga akan diserikan dengan persembahan tradisional dan juga artis-artis terkemuka tanahair antaranya Jamal Abdillah, Wani Hasrita, Noraniza Idris, Tajol, Misha Omar dan ramai lagi.

“Justeri kita ingin menjemput orang ramai untuk bersama-sama UMNO memeriahkan majlis ini yang bakal bermula dari pukul 11.00 pagi hingga pukul 3.00 petang,” katanya kepada UMNO-Online.

Selain itu sambutan Aidilfitri pada majlis itu juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan buku bertajuk “Asal Usul Melayu Di Benua Sunda” yang diterbitkan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia