7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 13 Julai – William Cheah merupakan di antara individu yang bertuah diberi peluang menaiki MRT bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berkongsi pengalaman beliau melalui laman media sosial, antara kenangan terindah sepanjang acara tersebut merupakan detik apabila Najib memainkan lagu Ed Sheeran melalui akaun Spotify untuk berhibur bersama-sama rombongan beliau di hari tersebut.

Namun begitu, pengalaman beliau telah dicemarkan dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Malaysiakini, apabila ia melaporkan bahawa “pengguna MRT komuter lain dipaksa untuk memberi ruang kepada Perdana Menteri dan rombongan beliau.”

Terkilan dengan laporan yang tidak bertanggungjawab oleh Malaysiakini, William berkongsi pengalaman beliau sepanjang perjalanan acara tersebut.

“Pastikan anda melaporkan maklumat yang tepat.

“Laluan MRT tersebut masih lagi di peringkat ujian dan belum lagi dibuka kepada orang awam!

“Hanya tetamu undangan sahaja yang ada pada waktu itu.”

Mempersoal Malaysiakini akan keberadaan penumpang ‘hantu’ itu, beliau lantas memuji layanan Perdana Menteri yang memberi peluang kepada beberapa individu terpilih untuk menikmati kejayaan terbaru buat Malaysia.

William turut menulis, “Kami bergantung harap kepada pihak media supaya memberi maklumat yang membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan maklumat.

“Tetapi, jika media menyebarkan maklumat yang salah, ianya akan menyusahkan rakyat.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk memperkatakan yang benar, paling tidak janganlah sehingga menipu.” –MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia