7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil menekankan pentingnya Wanita UMNO di seluruh negara untuk terus berada dalam keadaan siap siaga dan memperkemaskan gerak kerja Jalinan Rakyat serta Jalinan Rakyat Plus dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ujarnya yang juga Ketua Wanita UMNO Kepong, walaupun keadaan pakatan pembangkang kini yang kucar-kacir dengan pelbagai masalah dalaman dan kacau-bilau dengan kepayahan untuk mereka bersatu, jentera Barisan Nasional khususnya Wanita UMNO tidak boleh sambil lewa dalam menghadapi PRU14 kelak.

“Wanita UMNO harus terus berada bersama rakyat, menjadi mata dan telinga kepada keperluan mereka untuk disampaikan kepada kerajaan.

“Begitu juga untuk kerajaan BN, Wanita UMNO akan terus menjadi wadah menyampaikan inisiatif-inisiatif yang disediakan supaya rakyat terus mendapat keuntungan daripada kepimpinan Barisan Nasional,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmina Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Kepong yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini Jumaat malam.

Dalam perkembangan sama, Shahrizat mengulangi hasrat untuk memperjuangkan peningkatan calon-calon wanita, mensasarkan 30% daripada calon untuk PRU14 ialah dari kalangan wanita.

“Wanita mempunyai calon-calon yang berkelayakan untuk memberi kemenangan kepada BN dan seterusnya menjalankan khidmat cemerlang untuk rakyat.

“Ini juga di sokong dengan prestasi semasa wakil rakyat Wanita BN yang cukup positif dan memberangsangkan ketika ini,” tambahnya lagi.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia