7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 3 Julai –Pertubuhan Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) hari ini menggesa agar Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula keputusan untuk memberi kelonggaran kelulusan Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada graduan perubatan untuk lantikan Pegawai Perubatan UD41 secara kontrak.

Jelas Pengerusinya,Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan, keputusan KKM ini akan melemahkan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini malah ia akan menimbulkan perspektif negatif kepada masyarakat terutamanya golongan muda dan graduan luar negara yang akan beranggapan ‘ok’ sekiranya mereka tidak pandai berbahasa melayu.

“Kita sewajarnya mencontohi negara seperti China, Jepun dan Jerman yang masih menggunakan bahasa kebangsaan mereka walapun belajar di luar negara. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan kedoktoran di German terpaksa belajar bahasa Rusia bagi mengikuti pelajaran di sana.

“Maka hari ini AKULN menggesa KKM dan kerajaan Malaysia agar menilai semula polisi ini kerana tidak mahu perkara ini diambil mudah dan hanya kerana segelintir yang tidak fasih berbahasa Melayu maka kita mengambil tindakan pukul sama rata.

“Sebagai rakyat negara ini kita harus menguasai bahasa kebangsaan kerana ini adalah bahasa kita dan sejajar dengan slogan bahasa jiwa bangsa,” ujarnya dalam satu sidang media yang diadakan di PWTC di sini, hari ini.

Agyl turut mencadangkan agar KKM duduk bersama dengan agenda berkaitan seperti Kementerian Pelajaran dan MARA agar dapat mencari solusi terbaik bagi membantu gaduan yang tidak mahir berbahasa Melayu ini.

“Kalau tidak pandai bahasa Melayu maka wujudkan skim atau program khas agar mereka dapat berbahasa Melayu dengan fasih supaya para doctor ini boleh berkomunikasi dengan pesakit di hospital kerajaan.

“Kegagalan segelintir graduan untuk menguasai bahasa Melayu bukanlah alasan untuk KKM membuat keputusan tersebut.

“Kami di AKULN sendiri bersedia membantu KKM seperti mengadakan persidangan meja bulat bersama NGO bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini. Janganlah kerana isu yang kecil ini maka dikeluarkan polisi umum yang bakal mencipta permasalahan lain pula,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia