7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu ahli dan kepimpinan UMNO menterjemahkan segala ujian dan cabaran yang dihadapi dalam bulan Ramadan dalam memikul tanggungjawab untuk menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Menurut Najib, semangat dan kesabaran di dalam bulan Ramadan perlu terus dikekalkan dan kemeriahan menyambut 1 Syawal pula sebagai satu medan untuk terus memperkukuhkan perpaduan serta menolak sebarang anasir yang boleh menyebabkan perpecahan, perbalahan dan juga permusuhan.

“Sesungguhnya sambutan ulang tahun UMNO ke-71 pada 11 Mei baru-baru ini dengan kehadiran ratusan ribu ahli dan penyokong parti seharusnya memuncakkan lagi semangat kita untuk terus bersatu, bergerak sederap bagi menjadikan langkah kita penuh gagah dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan yang bakal mendatang.

“Kita semua perlu sedar bahawa kekuatan UMNO datang daripada ahlinya yang ramai dan setia terhadap perjuangan. UMNO akan terus dan bertambah kuat dengan khidmat yang kita berikan untuk membela dan membantu rakyat bagi menjamin masa depan yang lebih cemerlang,” ujarnya dalam perutusan Hari Raya bagi semua ahli dan kepimpinan parti UMNO.

Beliau juga melontarkan keyakinan yang tinggi bahawa UMNO akan terus berjaya jika semua ahli tetap teguh, taat dan setia dengan dasar perjuangan parti, serta meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan melebihi kepentingan diri sendiri.

“Bersempena dengan kedatangan 1 Syawal ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam, khususnya kepada semua ahli-ahli UMNO yang berada di serata pelusuk negara,” ujarnya.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia