7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR,  18 Julai – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga pemimpin utama pakatan harapan, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang akan saling ‘bunuh-membunuh’ sesama sendiri sekiranya pakatan harapan berjaya mencapai matlamat mereka iaitu memenangi pilihanraya umum ke 14 ini.

Menurut beliau, perkara ini berkemungkinan besar boleh berlaku memandangkan kerjasama yang berlaku di antara ketiga-tiga pemimpin itu hanyalah berdasarkan demi kuasa, dan bukannya demi satu persahabatan serta setiakawan yang tulus ikhlas di antara mereka.

“Kita tahu bahawa ketiga-tiga mereka ini adalah political animal dalam gelanggang politik tanahair. Mereka boleh buat apa saja demi kuasa. Sepertimana Tun, kita boleh lihat bagaimana beliau sanggup mengkhianati parti UMNO yang 22 tahun membela dan menyokong beliau, hanya kerana cita-cita politik peribadinya tidak dipenuhi oleh kepimpinan UMNO dan negara hari ini.

“Lim Kit Siang pula, biarpun selama 22 tahun Tun Mahathir menghentam beliau dan Dap di sepanjang beliau menjadi perdana menteri, namun Kit Siang tetap boleh bermuka-muka dan bekerjasama dengan orang yang menghentamnya tanpa henti sepanjang 22 tahun.

“Begitu juga dengan Anwar. Bagaimana politik Anwar yang sanggup untuk bergandingan dengan seorang individu yang pernah memenjara dan menghancurkan karier politiknya. Tun Mahathir telah mengaibkan dan menjatuhkan maruah Anwar selama ini, tetapi Anwar masih boleh bergandingan bersama beliau tanpa ada segan silu.

“Inilah salah satu contoh politik hipokrasi tahap tertinggi yang diperlihatkan oleh ketiga-tiga pemimpin ini. Semua ini berlaku kerana apa? Semuanya adalah kerana nafsu ingin berkuasa. Ketiga-tiga mereka menjadikan amalan politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara sebagai pegangan untuk meneruskan survival politik peribadi masing-masing.

“Mereka tidak kisah apa cara sekali pun, janji matlamat untuk menjatuhkan BN serta berkuasa di negara ini mampu mereka capai. Sebab itu saya katakan, mereka ini adalah political animal dalam gelanggang politik negara,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tegasnya lagi, beliau berkeyakinan gabungan antara Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang  dan Tun Mahathir ini tidak akan kekal lama kerana pastinya mereka akan saling bunuh membunuh sekiranya matlamat mereka untuk menguasai negara dan menjatuhkan kerajaan BN sudah tercapai.

“Apakah kita sangka Dap benar-benar ikhlas menjalinkan hubungan politik dengan Tun? Hubungan politik ini hanyalah semata-mata kerana kuasa kerana Dap juga ingin berkuasa. Namun apakah kita sangka Dap tidak punyai strategi mereka sendiri dalam memperkukuhkan kuasa mereka di dalam pakatan harapan?

“Apakah kita yakin bahawa Dap dengan semudah itu boleh meletakkan kepercayaan kepada Tun yang baru saja dalam jangka masa setahun lebih berbaik-baik dengan pihak pembangkang dengan sepenuh hati tanpa syak wasangka? Sedangkan di depan mata mereka melihat tindakan Tun yang  dengan mudah mengkhianati parti UMNO yang telah mempertahankan dan membelanya selama 22 tahun. Sudah tentu tidak!

“Begitu juga dengan Anwar. Apakah kita sangka dengan semudah itu Anwar boleh memaafkan Tun Mahathir yang menjadi pemusnah kepada karier politiknya serta melupakan begitu saja apa yang Tun lakukan terhadap diri dan keluarganya? JIka kita diperlakukan seperti itu oleh Tun, sudah tentu tidak akan semudah itu kita akan melupakan serta memaafkan semua perbuatannya itu.

“Namun semua kerjasama yang diperlihatkan mereka itu  kepada rakyat disebalik terselindung nawaitu demi kerana kuasa semata-mata dan apabila mereka memilikinya, mereka akan mula saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain.” ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihati rakyat agar tidak terpedaya dengan lakonan ketiga-tiga pemimpin veteran itu di atas pentas politik negara hari ini.

“Apa yang pasti, kita dapat lihat pakatan harapan bukanlah satu gabungan parti politik yang stabil baik dan tidak mampu menyelesaikan masalah walaupun itu hanya masalah dalaman parti mereka sendiri.

“Di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang pun, tidak ada wow faktor yang boleh kita lihat, kecuali mereka hanya menyambung apa saja projek pembangunan yang telah dirangka oleh kerajaan BN sebelum ini.

“Jadi kita sebagai rakyat, saya nasihatkan agar jangan meletakkan kepercayaan untuk mentadbir negara atau negeri kepada sebuah gabungan parti politik yang tidak stabil dan lemah serta gagal untuk menyelesaikan masalah, kerana kelak kita juga rakyat akan menjadi mangsa di atas kegagalan dan kelemahan mereka itu,” tegasnya lagi.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia