7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 15 JUN – Mesyuarat Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memutuskan untuk turut menyambut ‘Quran Hour’ pada 19 Jun ini di seluruh negara selama satu jam.

Jelas ketua pergerakan tersebut Datuk Mas Ermiyati Samsudin, berkata Quran Hour di bulan Ramadhan maka inilah masa terbaik untuk semua ahli Puteri mendidik jiwa dan bersahabat dengan Al-Quran.

“Kita Puteri tidak berpolitik setiap masa. Kita tahu membezakan bila perlu berpolitik dan bila tidak. Jadi di bulan Ramadhan ini kita menumpukan perhatian kepada kerja-kerja kebajikan dan ‘menggemukkan pahala’ terutamanya di sepuluh malam terakhir Ramadhan.

“Sebab itulah kita meneruskan tradisi bertadarus setiap tahun kerana program ini adalah program yang dilakukan sejak dari kepimpinan Puteri terdahulu,” ujarnya kepada media selepas bersama-sama memeriahkan program Jalinan kasih Ramadhan dia Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Dalam program tersebut, Puteri turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang anak yatim dan 30 orang fakir miskin yang dipilih daripada sembilan bahagian dalam Wilayah Persekutuan.

Program yang diserikan lagi dengan acara bertadarus dan khatam Al-Quran ini disudahi dengan majlis berbuka puasa, solat magrib dan terawih berjemaah. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia