7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed melampaui batas apabila mempersenda dan menghina fizikal wanita untuk dijadikan sebagai modal politik murahan dalam ucapan politiknya, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah.

“Saya bagi pihak Wanita UMNO Kedah kesal dengan penghinaan terhadap kaum wanita sama ada ditujukan kepada individu mahupun wanita keseluruhannya.

“Penghinaan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah malahan ianya memandang rendah keupayaan wanita,” tegasnya.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tun Dr. Mahathir dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Jitra beberapa hari lalu.

Bidasnya, mempersendakan fizikal insan yang lain tidak seharusnya menjadi modal percakapan politik murahan dan dikaitkan dengan momokan isu lain.

“Wanita Kedah merasakan penghinaan melalui jenaka sinis terhadap mana-mana individu sama ada wanita mahupun lelaki, tua atau muda, merupakan satu perlakuan yang sangat melampaui batas dan tidak sensitif apatah lagi penghinaan ini dilontarkan oleh seorang mantan Perdana Menteri yang dahulunya, ketika berkuasa, sentiasa mahu rakyat Malaysia menyantuni satu sama lain.

“Lebih memalukan apabila penghinaan ini disambut gelak ketawa para hadirin yang gagal mentafsir kerosakan sosial yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir.”

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa bimbang kerana menghina fizikal seorang wanita dalam ceramah terbuka seperti ini akan dapat mencetuskan perbalahan dan mungkin membawa kepada pergaduhan di antara mereka yang tidak berpuas hati.

“Saya menggesa pihak berkuasa yang terlibat untuk meneliti semula kenyataan Tun Dr. Mahathir di ceramah PPBM di Jitra, Kedah beberapa hari yang lalu dan mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang perkara seperti ini berulang semula kerana ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman yang berpanjangan yang bermula di alam maya dan seterusnya mungkin ke jalanan,” katanya lagi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia