7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Melihat kepada senario politik masa kini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yakin parti itu semakin mendapat kepercayaan orang Melayu dan akan terus kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang..

Malah beliau percaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mendapat sokongan padu daripada rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menyifatkkan sebagai ‘tsunami UMNO’ mula melanda persekitaran politik negara, beliau berkata rakyat semakin meningkatkan sokongan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tsunami UMNO yang semakin melanda hari ini akan meranapkan impian pembangkang untuk menguasai Putrajaya pada PRU akan datang,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.

Katanya, ekoran perkembangan tersebut banyak penganalisis politik berpendapat kerusi pembangkang akan berjaya dirampas semula oleh UMNO dan BN pada PRU akan datang.

Tsunami UMNO katanya, akan turut melanda beberapa negeri yang kini dikuasai pembangkang terutama di Selangor.

“Walaupun digembar-gemburkan pembangkang bahawa pentadbiran Najib semakin merundum, ternyata rakyat tidak mudah terpedaya dengan andaian sedemikian,” ujarnya.

Beliau berkata, geraf sokongan rakyat terutama orang Melayu terhadap UMNO yang semakin meningkat telah menggusarkan blok pembangkang.

Oleh sebab itu katanya, pembangkang sengaja merancang propaganda fitnah dan hasutan supaya pentadbiran Najib dilihat tidak konsisten dan berada dalam situasi lemah.

Malah katanya, perang propaganda dan provokasi akan tereus disemarakkan oleh blok pembangkang sehingga PRU ke-14 akan datang.

Syed Ali turut mendakwa, blok pembangkang yang berada dalam kecelaruan dan tidak sehaluan telah memberi banyak ruang kepada rakyat untuk berfikir secara rasional.

Rakyat katanya, sudah boleh melihat sendiri bagaimana sandiwara politik pembangkang dan menilai sejauhmana ketelusan UMNO dan pentadbiran Najib selaku Perdana Menteri.

“Dari dulu sehingga sekarang kerja pembangkang hanyalah sebar fitnah dan mengkritik kerajaan sedangkan UMNO dan BN pula sentiasa berusaha mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan berlaku  sedikit kegusaran dan ketidakyakinan orang Melayu terhadap hala tuju UMNO akibat sogokkan propaganda pembangkang tetapi tanggapan sedemikian hanya bersifat sementara.

“Faktor kenaikan harga barang, kos saara hidup yang tinggi dan suasana ekonomi yang suram sedikit sebanyak menggelisahkan rakyat,” ujarnya.

Tetapi jelas beliau, kecekapan pentadbiran Najib dan sikap bertanggungjawab pemimpin UMNO sebagai parti yang mendominasi kekuatan BN telah berjaya meredakan kegusaran tersebut.

Oleh sebab itu katanya, geraf politik masa kini menunjukkan orang Melayu semakin meningkatkan sokongan mereka terhadap UMNO dan pentadbiran Perdana Menteri.

Katanya lagi, kecelaruan hubungan politik di kalangan parti pembangkang membabitkan Pas, PKR, PPBM, PAN dan parti rasis, Dap telah memberi kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan keyakinan tersebut.

Sehubungan itu, Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengingatkan pendokong UMNO supaya sentiasa memperkasakan matlamat untuk memenagi PRU akan datang.

“Jadikan perhimpunan sambutan 71 tahun UMNO malam ini sebagai perhimpunan bersejarah mengulangi kesatuan orang Melayu yang pernah bersatu tenaga menumbangkan Malayan Union,” tegasnya.

Roh perjuangan UMNO tambah beliau, wajar diterapkan di setiap sanubari rakyat terutama generasi muda Melayu.

Menurutnya, generasi muda Melayu yang ada hari ini adalah pewaris kepada kepimpinan negara di masa akan datang

“Kesinambungan perjuangan UMNO perlu diteruskan dan diperkasakan sepanjang zaman kerana parti itulah pelindung kepada kepentingan hak, maruah dan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia