7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PUTRAJAYA, 8 Mei – UMNO sedang giat melaksanakan pelbagai program penerangan secara menyeluruh dan intensif bagi merungkai setiap persoalan rakyat terhadap parti itu.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia juga adalah sebahagian daripada persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kita sedar apa yang dilakukan pembangkang, dia tahu dia tak boleh capai matlamat dia, jadi dia kelirukan rakyat. Kalau anda tidak boleh menang, anda kelirukan pengundi. Itu yang sedang mereka lakukan,” kata beliau di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata selain menggunakan pelbagai jenis medium seperti media sosial dan konvensional, beberapa program lain turut dirangka bagi tujuan itu termasuk aktiviti turun padang dan sesi ramah mesra bersama rakyat.

Mengulas mengenai hala tuju UMNO sempena sambutan ulang tahunnya ke-71 pada 11 Mei ini, beliau berkata, UMNO adalah sebuah parti inklusif yang tidak hanya memayungi bangsa Melayu tetapi juga bangsa lain di negara ini.

“Kita telah buat banyak perubahan mengikut masa. Jadi kalau orang kata UMNO sudah tua, jadi dinasour dan sebagainya, pada saya tidak wujud perkataan tua walaupun umur sudah 71 tahun.”

“Apatah lagi dengan presiden parti yang kita ada hari ini merupakan presiden yang sanggup mendengar dan membawa perubahan, serta memperbetulkan apa-apa kepincangan yang telah dilaksanakan atau pun yang terjadi secara tidak sengaja pada masa-masa lampau untuk kita bergerak ke depan,” kata Tengku Adnan.

Jelas beliau, UMNO sentiasa berusaha memberi ”suntikan” baharu seiring dengan keperluan semasa dan tanggungjawab kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata tahap kesedaran anak muda terhadap parti itu semakin meningkat apabila banyak penyertaan dan keanggotaan baharu diterima daripada kalangan mereka.

Tengku Adnan berkata ia didorong oleh pelbagai inisiatif  kerajaan seperti Transformasi Nasional (TN50) dan Unit Agenda Peneraju Bumiputera (Teraju) yang banyak membuka peluang kepada golongan Bumiputera khususnya anak muda.

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia