7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 27 April – Larian bendera UMNO yang akan bermula pada 1 Mei nanti merupakan pembukaan kepada acara serta pelbagai program lain sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei depan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata larian bendera UMNO itu akan bermula di Perlis, Johor, Kelantan serta Sabah dan seterusnya berakhir di Bukit Jalil yang akan dihoskan oleh UMNO Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau larian bendera berkenaan akan turut diisi dengan pelbagai acara serta program menarik lain yang akan diadakan oleh UMNO negeri bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun UMNO pada kali ini.

“Dan 11 Mei yang kebetulan jatuh pada Nisfu Sya’ban, acara di Stadium Nasional kita akan mulakan majlis sambutan dengan ceramah agama yang akan disampaikan oleh tokoh agama, Datuk Ust Badlishah Alaudin. Kemudiannya kita akan solat maghrib berjemaah dan akan mengadakan tahlil serta bacaan Yassin.

“Kemudiannya ucapan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Njib Tun Razak dan Anugerah Melayu Terbilang 2017, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat persiapan sambutan ulang tahun UMNO ke-71.

Turut serta wakil-wakil daripada sayap parti dan juga perhubungan UMNO negeri dan agensi terlibat yang lain.

Rauf seterusnya menambah selain acara tersebut, pelbagai acara menarik lain turut diadakan seperti karnival sukan, karnival wow, Job Fair dan lain-lain program yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Mei.

“Penganjur juga telah menerima sumbangan berbentuk hadiah iaitu tujuh buah kereta serta 10 buah motosikal. Dan untuk hadiah cabutan bertuah hanya mereka yang datang di Bukit Jalil sahaja yang layak menerima sekiranya mereka mendapat cabutan nombor bertuah tersebut.

“Dan untuk pendaftarannya pula hanya ahli UMNO serta pengundi yang berdaftar sahaja layak menyertainya dan boleh menghantar penyertaan menerusi apps Malaysia4All,” katanya. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia