7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

UALA LUMPUR, 26 April – Pemuda UMNO percaya Barisan Nasional (BN) bersedia dalam apa jua keadaan termasuk pertembungan tiga atau dua penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, demikian menurut Naib Ketuanya, Senator Khairul Azwan Harun.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai Kajian Invoke Malaysia yang menunjukkan UMNO akan menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang jika berlakunya pertandingan tiga penjuru.

“UMNO sentiasa bersedia dalam sebarang pertembungan. Tetapi yang penting gerak kerja akan diteruskan untuk memastikan rakyat dapat memilih BN sebagai pilihan pertama,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Malah ujar beliau lagi yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN, pergerakan itu akan bekerjasama rapat dengan Jalinan Rakyat Plus (JR Plus).

“Menerusi gabungan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta parti-parti komponen BN yang lain kita akan sama-sama berusaha untuk memastikan keyakinan rakyat kembali kepada BN pada PRU akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memperjelaskan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khiry Jamaluddin berhubung kuota Bumiputera yang disalahtafsir oleh sesetengah pihak.

Tegasnya pergerakan itu akan tetap tidak akan berganjak daripada pendirian selama ini bahawa apa yang ada pada hari ini khususnya untuk orang Melayu dan Bumiputera akan terus dipertahankan.

“Bagaimanapun kita percaya pada 2050 nanti, tanpa ada kuota terhadap Melayu dan Bumiputera pun mereka mampu bersaing secara sihat dan kompetitif dengan bangsa lain.

“Bahkan boleh maju dan berdiri lebih tinggi dari bangsa lain. Itu aspirasi yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin,” ujarnya.

Katanya lagi kenyataan Ketua Pemuda UMNO itu semasa wacana TN50 baru-baru ini telah disalah tafsir oleh beberapa pihak dan menolak perkara itu akan dibawa padaPerhimpunan Agung UMNO.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia