7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 24 April – Senator Datuk Fahariyah Md Nordin hari ini merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Muhammad V sempena pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 di Istana Negara hari ini.

Beliau turut menyatakan persetujuan terhadap titah Baginda yang menyatakan bahawa generasi muda sebagai pelapis negara perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk kelangsungan negara.

“Kita tahu generasi muda adalah pelapis dan penentu masa hadapan negara sebab itulah kerajaan mewujudkan aspirasi pelan induk Transformasi Nasional 2050 (TN50) demi kelangsungan negara ini.

“Mahu tidak mahu kita harus sedar bahawa pada masa hadapan negara akan melalui lebih banyak cabaran dan dugaan maka sekiranya kita tidak mempunyai kualiti modal insan, bagaimana pemimpin akan datang mahu mengekal dan menambahbaik apa yang telah pemimpin masa kini buat untuk negara.

“Oleh itu, semua pihak harus khususnya golongan muda harus lebih bertanggungjawab dan bersikap matang serta jangan terlalu ikut perasaan atau terpengaruh dengan propaganda politik murahan pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online di sini.

Tambah Fahariyah yang juga merupakan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, sebagai pewaris negara generasi muda harus menetapkan tahap kesetiaan yang tinggi demi memastikan apa yang telah diperjuangkan selama ini tidak sia-sia.

“Kita lihat sekarang ini ramai orang muda yang terpengaruh dengan pembangkang yang mahu melihat keharmonian negara ini rosak maka oleh itu persepsi orang muda harus diubah.

“Jangan kita mudah percaya tentang sesuatu perkara itu… siasatlah kesahihannya terlebih dahulu sebelum kita membuat sebarang keputusan,” katanya lagi.-MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia