7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 28 Mac – National Congress Party (NCP) Sudan mengakui kagum dengan kejayaan UMNO dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berjaya menerajui pembangunan negara hinggakan nama Malaysia dikenali diperingkat antarabangsa.

Hal tersebut telah disuarakan oleh Duta Sudan ke Malaysia, HE Muawia Elbuhari dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

“NCP berbangga mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan kami berharap agar hubungan tersebut dapat dipereratkan lagi khususnya dalam jalinan antara dua negara kerana nama Malaysia amat dikenali,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan jemputan daripada Presiden Sudan yang juga Presiden NCP, Omer Hassan Ahmad Albasher kepada UMNO untuk menghadiri persidangan NCP yang bakal diadakan April nanti di Khartoum (Sudan).

Dalam ucapan balasnya, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut menghargai hubungan yang terjalin dan melahirkan kesediaan untuk kerjasama lain. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia