7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden Gerak Remaja 4B Malaysia Rizmel Nazrin berkata, anak muda perlu mengambil peluang memahami dan menghayati Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mempersiapkan diri sebagai pemimpin untuk masa hadapan kerana TN50 bukanlah satu pelan atau janji tong kosong.

Jelasnya, TN50 merupakan satu inisiatif, visi dan wawasan jangka panjang yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyediakan anak-anak muda untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang termasuk cabaran politik, ekonomi, kesihatan bandar dan sebagainya.

“TN50 menyediakan ruang yang sentiasa dinantikan oleh anak muda untuk menyampaikan pandangan dan visi mereka, apa yang mereka hendak lihat pada 30 tahun akan datang.

“Dulu di sekolah kalau orang tanya pasal Wawasan 2020, orang akan lukis kereta terbang tetapi sekarang ini TN50 lebih pada itu di mana segala pandangan dan pendapat akan dijadikan realiti dengan pelbagai polisi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

“Jadi anak muda harus merebut peluang ini kerana TN50 bakal menjadi realiti dan ia bukanlah satu janji bulan dan bintang hanya untuk membeli jiwa rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Kerana itulah jelas Rizmel yang juga merupakan Exco Majlis Belia Malaysia, sepanjang tahun ini melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin, akan diadakan sesi townhall mengikut pembahagian kluster seperti kluster agama dan sebagainya.

“Sesi-sesi townhall ini akan diadakan berterusan bagi mencari pandangan bernas dan harus diingat bahawa TN50 ini adalah untuk semua belia tanpa mengira latar belakang politik, agama dan bangsa.

“Sebab itu bila ada pembangkang yang mengatakan kononnya TN50 untuk menguburkan Wawasan 2020… pada saya tidak. Saya percaya TN50 adalah pemacu untuk negara menjadi lebih baik dalam semua aspek.

“Maka anak muda perlu mengambil peluang yang ada di depan mata ini…Benda yang baik kita ambil dan yang negatif jadikan sempadan,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia