7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA,
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

SAYAP PARTI


7 DEKAD MEMPERJUANG BANGSA
BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menolak tanggapan serta pandangan sesetengah pihak kononnya kerajaan mempolitikkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.

Sebaliknya tegas beliau itu adalah pandangan mereka yang hanya sekadar cuba berimaginasi selain meniimbulkan pelbagai andaian serta persepsi dan bukannya mahu melihat perkara berkenaan secara menyeluruh dan mendalam berasaskan ilmu pengetahuan.

“Bila masa kerajaan politikkan RUU355… prinsip kerajaan dalam membangunkan agenda Islam adalah tidak pernah sama sekali mempolitikkan Islam.. pernah ke kita dengar atau dihebohkan semua dasar-dasar kita semuanya Islam…tidak… saya sebutkan dasar ekonomi baru tanpa label Islam pun ianya adalah Islamik apabila turut menekankan soal membasmi kemiskin.

“Bukankah membasmi kemiskinan disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ambil contoh lain… Bank Rakyat tidak nama Islam tetapi 100 peratus shariah compliant. EPF kerajaan perkenalkan pelaburan syariah…dan itulah prinsip kita iaitu tidak pernah buat sesuatu tergesa-gesa selaras dengan prinsip Islam.

“Isunya sekarang apabila dipolemikkan sebegini rupa. Sepatutnya setiap perkara kita bercakap berasaskan ilmu dan fakta. Bukan emosi, imaginasi, andaian dan persepsi. Apa yang berlaku hari ini sebaliknya apabila sekadar mahu bicarakan tajuk semata-mata.,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam Dialog Bersama BNYV berkenaan Akta 355, di sini, baru-baru ini.

Asyraf seterusnya menegaskan Akta 355 pernah dipinda sebanyak dua kali dan ianya berjalan lancar.

“Akta 355 ini kalau tidak ada orang polemikkan tidak ada masalah. Pindaan pada 1984 tidak dipolitikkan berjalan macam biasa manakala 1989 dipinda kali kedua berjalan macam biasa malah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

“Kenapa sekarang apabila hendak dipinda ianya dipolemikkan…dan pindaan itu hanya melibatkan hukuman sedia ada dan tidak menjejaskan bukan Islam serta tidak menjejaskan di luar bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Bukannya kerajaan yang polemikkan. Tidak pernah kerajaan kata kita buat Akta 355 maka dengan sendirinya terisytiharlah Malaysia dan fajar menyinsing dan Islam berkembang. Tidak pernah sama sekali,“ ujarnya.

Tambah Asyraf lagi pindaan tersebut sememangnya kena dengan hasrat kerajaan dan persoalan siapa yang bawa perkara berkenaan adalah soal kedua kerana apa yang penting adalah mengangkat martabat Mahkamah Syariah.

“2008 lagi kita dah bincangkan perkara ini. Jadi apabila Pas menerusi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata nak bawa Rang Undang-Undang Persendirian kita oklah…yang pentingnya bukan siapa yang bawa..apa yang penting pindaan ini untuk mengangkat martabat mahkamah syariah dan tidak sesekali menyentuh hak bukan Islam.

“Kita dengar apa yang Pas nak buat pembentangan dan akhirnya kita kena ambil. Dan kalau RUU ini dibentangkan pada kali ini dan diluluskan ia akan jadi bacaan pertama. Apabila jadi bacaan pertama ia akan jadi hak kerajaan dan seterusnya akan dirujuk kepada peguam negara.

“Peguam Negara boleh pinda lagi dan dibentangkan di dalam parlimen dan dibahaskan lagi. Kalau setuju baru jadi bacaan kali kedua dan kalau diluluskan akan jadi bacaan kali ketiga baru jadi undang-undang di peringkat Dewan Rakyat. Belum lagi akta yang sudah dipinda dan seterusnya ke Dewan Negara dan seterusnya lagi. Banyak peringkat lagi,“ katanya. -MediaUMNO

LAMAN WEB RASMI UMNO MALAYSIA

Ibu Pejabat UMNO Malaysia, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia